7 KEPERLUAN ASAS SEMASA HAMIL BUAT BAKAL IBU

by azszua03 on 25 December 2017

Assalamualaikum semua…

Disahkan si isteri hamil pastinya satu berita yang menggembirakan buat setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Apa lagi ia adalah zuriat yang dinanti nantikan. Pastinya pelbagai persiapan untuk si comel sudah berlegar legar dikotak fikiran bakal ibu dan bapa.

 

Tak dinafikan persiapan untuk si comel adalah sangat penting. Tetapi ada perkara penting yang perlu dipersiapkan terlebih dahulu iaitu untuk si ibu yang bakal menghadapi perubahan emosi dan fizikal. So, para bapa sila ambil perhatian ya.

1.Seluar Dalam Materniti.

Sewaktu hamil, bahagian punggung dan perut akan semakin membesar selaras dengan tempoh kehamilan isteri. Jadi, pastinya seluar dalam yang biasa digunakan sewaktu sebelum hamil tidak lagi bersesuaian.

2. Bra atau Coli Materniti.

Satu lagi keperluan peribadi dan asas bagi ibu hamil ialah bra atau coli materniti. Semakin bertambah usia kehamilan, payudara si ibu juga akan turut mengalami perubahan. Payudara akan semakin membesar sebagai persediaan untuk waktu penyususan bayi. Jadi, keselesaan semasa hamil perlu dititikberatkan. Terdapat banyak tau coli dipasaran yang mempunyai dwifungsi iaitu kegunaan semasa hamil dan menyusu. Pilih ikut kemampuan dan keselesaan anda.

3. Bantal materniti.

Kebanyakan ibu hamil akan mengalami sakit belakang dan juga sakit-sakit badan terutama bila usia kandungan semakin membesar. Disaat inilah bantal materniti menjadi teman baik tidur si ibu hamil. Bantal ini direka khas bagi menyokong tubuh anda supaya anda dapat tidur dan rehat dengan lebih selesa.

4. Tali pinggang materniti.

Tali pinggang ini direka khas bagi membolehkan anda mengenakan skirt atau jeans kegemaran anda. Tali pinggang materniti ini dibuat sebagai penyambung pada bahagian pinggang anda supaya anda selesa dan rasa yakin dengan pemakaian anda.

5. Krim atau minyak bagi mengelakkan renggangan.

Perkara yang sering menghantui si ibu ialah kesan regangan (strechmark) pada kulit bahagian perut disebabkan kehamilan. Tapi ia tidaklah dapat menghilangkan rasa gembiranya menyambut kehadiran si comel. Ibu memerlukan krim atau rawatan bagi mengelak atau mengurangkan kesan regangan. Kak miah cadangkan untuk ibu ibu hamil mendapatkan set Shaklee Baby yang mengandungi Sooting lotion dan Massage oil yang sesuai disapu pada kesan regangan.

6. Pakaian Materniti.

Pakaian materniti juga menjadi keperluan ibu hamil terutama bagi mereka yang berkerjaya. Mungkin tidak perlu banyak tapi ia penting untuk keselesaan si ibu.

7. Vitamin prenatal.

Walaupun dlm list ini ditulis dibahagian akhir sekali…tapi ia merupakan keperluan utama untuk si ibu. Keperluan membabitkan emosi dan juga fizikal. Fasa hamil melibatkan emosi dan juga perubahan kondisi tubuh si ibu. Seharusnya kesihatan fizikal dan emosi si ibu dijaga rapi. Bekalan supplement dan juga nutrisi yang baik sepanjang kehamilan adalah keutamaan. Pastikan si ibu mendapat khasiat dan nutrisi dari set prenatal yang bagus.

Ok, itu tadi 7 keperluan asas yang perlu disediakan untuk inu hamil sepanjang kehamilan. Lepas dah lengkap semuanya barulah fikir pula keperluan untuk si comel yang bakal melihat dunia. Semoga semuanya dipermudahkan.

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: