KEISTIMEWAAN “SHAKLEE BABY” YANG TIADA PADA PRODUK SEUMPAMANYA

by azszua03 on 27 December 2017

Assalamualaikum….

Artikel sebelum ini kak miah sudah pun perkenalkan produk keluaran Shaklee yang terbaru iaitu Shaklee Baby. Jadi, entry kali ini kak miah nak cerita pula apa keistemewaan produk Shaklee Baby ni berbanding produk seumpamanya dipasaran.

Apa keistimewaan set Shaklee Baby ni?

1.Tidak mengandungi Paraben.

Paraben antara bahan yang sering ditemui dalam kandungan produk kosmetik dan produk kulit. Paraben dikatakan boleh menyebabkan kanser dan seharusnya dijauhkan dari bayi dan kanak-kanak. Tapi Shaklee baby dan keseluruhan produk shaklee tidak mengandungi Paraben. Boleh baca mengenai bahaya paraben disini.

2. Tak mengandungi warna tiruan dan wangian.

Ya, pewarna tiruan dan juga pewangi adalah bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan pada kulit dan mata si kecil anda. Oleh sebab itu Shaklee Baby hanya menggunakan bahan-bahan organik dan semulajadi sahaja bagi mengelakkan alahan dan pedih mata ketika mandi. Jadi, bau lavender, rosemary dan chamomile yang anda hidu dari produk Shaklee Baby adalah semulajadi dan tidak memudaratkan.

3. Tidak mengandungi Bisphenol-A (BPA).

BPA adalah satu lagi bahan kimia yang memudaratkan untuk jangkamasa panjang. Ia sering digunakan didalam pembuatan bekas bekas makanan dan pembungkusan lain lain. Satu masa dulu, botol susu bayi adalah antara produk yang mengandungi BPA sehinggalah Kementerian Kesihatan mengeluarkan larangan penggunaan botol susu yang mengandungi BPA.

Tapi, produk Shaklee memang sejak dahulu lagi menggunakan bekas dan botol yang TIDAK mengandungi BPA. Jadi, Shaklee Baby juga TIDAK mengandungi BPA. Selamat dan semulajadi. So kalau nak pilih produk yang organik, bekas dan pembungkusan juga harus dilihat sekali ya!

4. Bahan yang di sahkan organik.

Ok, nak letak title organik tu bukan sewenang wenangnya ya. Apa lagi bagi syarikat besar seperti Shaklee. Pastinya ada badan berwajib yang memantau dan meluluskan segala maklumat sebelum sampai ke end user. So, gunakanlah produk Shaklee Baby tanpa was was. Dahlah semulajadi, organik lagi.

Ok, tu tadi antara keistimewaan produk Shaklee Baby berbanding produk lain dipasaran. Banyak lagi sebenarnya keistimewaan Shaklee Baby ni antaranya tidak mengandungi bahan kimia Natrium Lauril Sulfat (SLS), phthalates, Formaldehid dan bahan kimia bahaya yang lain. Bahan bahan kimia ini yang biasa ditemui dalam sabun dan bahan pencuci lain.

Iesya dengan Shaklee Baby nya

Kenapa Shaklee Baby tidak 100% Organik?

Macam yang kak miah katakan diatas, Shaklee Baby mendapat title organik bukan sewenang wenangnya. Banyak kateria yang perlu dipenuhi oleh Shaklee. Tetapi Soalan yang sering diberikan oleh orang ramai ialah kenapa tidak 100% organik?. Kalau dilihat pada label produk, kesemua 3 produk Shaklee baby tidak 100% organik. Gental wash 75% organik, Soothing Lotion 78% dan Massage Oil 73% organik sahaja. Kenapa tidak 100% organik?

Buat pengetahuan anda semua, adalah mustahil untuk membuat sesuatu produk dengan mendapat 100% organik. Sebab setiap produk perlu mempunyai campuran bahan lain seperti air sebelum terbentuknya sebatian. Air tidak boleh dikategorikan sebagai organik. Maka, produk tidak boleh diletakkan sebagai 100% organik. Begitulah mengapa Shaklee Baby bukan 100% organik. Harap menjawap tanda tanya anda.

So kalau nak dapatkan Shaklee Baby boleh whatsapp kak miah ya…

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: