BAHAYAKAH KETUAT? BAGAIMANA KETUAT TERJADI DAN SIAPA BERISIKO DIJANGKITI KETUAT?

by azszua03 on 28 December 2017

Assalamualaikum…

Ketuat? Apa tu? Ha…kak miah pun baru je baca info info pasal ketuat atau “warts” ni. Tu yang nak kongsikan dengan anda semua. Kalau anda nak tahu, ketuat ni adalah sejenis penyakit kulit yang sering terjadi tetapi orang ramai memandang remeh kesan terhadap kehidupan seharian. Mulai hari ini, setelah anda tahu tentang ketuat ini sila la berhati hati dan mengambil langkah mencegah dari dijangkiti.

Bahayakah penyakit ketuat?

Ya, bahaya jika dibiarkan tanpa rawatan. Walaupun ketuat tidak menyebabkan kehilangan nyawa, tetapi ketuat mampu merebak kebahagian badan lain dan juga boleh menjangkiti orang sekeliling. Jangkitan boleh berlaku dengan sentuhan atau perkongsian pakaian, atau peralatan atau mungkin juga perkongsian kolam renang.

Walaupun nampak seperti penyakit ketuat tidak merbahayakan nyawa. Terdapat juga jenis penyakit ketuat yang mengundang bahaya terutama kepada wanita hamil dan boleh menyebabkan terjadinya kanser kepada sesetengahnya. Nanti kak miah jelaskan jenis jenis ketuat pada entry berikutnya ya.

Bagaimana Ketuat boleh terjadi?

Ketuat adalah ketumbuhan yang biasanya menyebabkan kulit menjadi keras dan timbul disatu satu bahagian kulit yang disebabkan oleh jangkitan virus pada sel epidermis kulit. Mana mana bahagian kulit boleh dijangkiti terutama bahagian yang terdedah kepada kotoran seperti tapak kaki, tapak tangan, dan juga muka. Virus ini bernama Human Papilloma (HPV).

Siapa berisiko dijangkiti ketuat?

1.Penghidap HIV

Penghidap HIV adalah antara mereka yang berisiko tinggi mengalami masalah ketuat disebabkan sistem imunisasi yang sangat rendah untuk menentang virus. Mereka ini senang dijangkiti disebabkan sistem ketahan diri lemah untuk menentang kehadiran virus.

2. Penghidap penyakit kulit.

Mereka yang menghidap penyakit kulit kebiasaannya mempunyai sistem imuniti yang rendah. Apabila imun rendah, jangkitan akan mudah berlaku dan tubuh tidak dapat melawan. Mereka yang menghidap ekzema, priosis, haruslah berhati hati dan sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dengan sentiasa menjaga kebersihan diri.

antara yang berisiko ialah penghidap ekzema

3. Hubungan seks rambang.

Hubungan seks juga boleh menyebabkan jangkitan bagi mereka yang mengalami ketuat dibahagian kemaluan. Kebersihan bahagian alat sulit adalah sangat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan jangkitan. Jauhi hubungan seks rambang dan berganti ganti pasangan.

4. Berkongsi barangan.

Mereka yang berkongsi barangan dengan penghidap ketuat juga berpotensi tinggi dijangkiti ketuat. Virus boleh merebak melalui barangan peribadi yang dikongsi ataupun mungkin sahaja berkongsi kolam renang.

5. Mereka yang terdedah dengan kotoran.

Bagi mereka yang sering terdedah pada kotoran dan kuman pastinya mempunyai risiko yang lebih tinggi dijangkiti ketuat. Contoh mereka yang berada dalam bidang pembersihan dan juga mencuci. Pastikan anda sentiasa mengenakan pakaian yang sesuai bagi mengelakkan jangkitan pada kulit.

Ok itu tadi antara info info yabg dapat kak miah kongsikan hari ini berkaitan dengan Ketuat. Jangan pandang remeh masalah ini. Namun bagi yang sudah dijangkiti, ada kaedah untuk merawat ketuat yang akan saya kongsikan di entry akan datang. Semoga bermanfaat!

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: