JENIS JENIS KETUAT DAN KESANNYA KEPADA IBU HAMIL DAN WANITA KHUSUSNYA

by azszua03 on 29 December 2017

Assalamualikum…

Selamat pagi uolls…hari ni kak miah nak sambung cerita pasal ketuat lagi. Eh malam tadi kan kak miah doklah google gambar ketuat nak letak gambar kat entry semalam la tentang bahayanya ketuat…seriously kak miah naik seram tengok macam macam jenis dan parahnye ketuat ni yang ada kat google tu. Kesian sangat kat mereka yang ambil mudah benda ni. Bila dah parah, susah dah nak ubati.

Jenis-jenis ketuat yang biasa ditemui.

Sebenarnya terdapat beratus jenis ketuat dalam dunia ni. Biasanya ia bergantung kepada tempat ditemui dan juga polar kawasan tempat dijumpai. Jom kak miah jelaskan jenis jenis ketuat yang biasa ditemui.

1.Ketuat Biasa (Common warts)

Ketuat yang sering ditemui ialah ketuat biasa. Ketuat jenis ini biasanya terjadi dibahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti akan timbol dan membonjol keluar, keras dan mempunyai permukaan yg kasar. Bahagian itu biasanya berwarna seperti kulit atau sedikit gelap.

2. Ketuat kaki (Plantar warts)

Ketuat jenis ini pula akan tumbuh dibahagian kaki. Ketuat kaki biasanya menyebabkan kesakitan terutama jika tumbuh dibahagian telapak kaki. Berat badan yang biasanya menyebabkan kesakitan kepada ketuat kaki dan kadang kala menyebabkan ketuat berwarna hitam. Warna hitam pada ketuat adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian dalam ketuat.

3. Ketuat Filiform ( Filiform warts)

Ha, apa pula jenis ketuat ni? Ketuat jenis ini biasanya tumbuh dikawasan berkulit lembut, seperti di kawasan muka, leher dan sekitar mata. Biasanya ia berbentuk unjuran panjang. Pastinya keadaan ni mencacatkan wajah dan menyebabkan rasa rendah diri.

Wart at eye

4. Ketuat Planar (Plane warts)

Ketuat planar juga biasanya terjadi dikawasan kulit lembut seperti muka, bahagian mata dan leher. Tetapi ia berbentuk biji biji yang tidak tersusun. Ketua jenis ini berwarna ikut warna kulit dan kadang kala kekuningan sedikit.

5. Ketuat Kelamin (Genital Warts)

Satu lagi jenis ketuat yang biasa ditemui ialah genital warts. Keadaannya berbeza dengan ketuat yang lain. Jika biasanya ketuat keras, kering dan kadangkala sakit tetap tidak bagi genital warts. Ketuat ini akan tumbuh dibahagian alat kelamin terutamanya wanita dan tidak sakit. keadaanya lembut dan lembap. Bahagian yg sering ditumbuhi ketuat kelamin ialah diatas bahagian kemaluan, bibir faraj dan ada juga di faraj wanita. Selain itu ada juga yang tumbuh dibahagian dubur (ketuat anal).

Bahayakah ketuat kelamin kepada wanita dan ibu hamil?

Anda perlu tahu bahawa ketuat pada bahagian kelamin berpotensi untuk menyebabkan kanser terutama kanser pangkal rahim dan kanser kulit. Ia terjadi disebabkan virus Human Papiloma HPV 16 dan 18 yang sgt memudaratkan. Elakkan seks rambang adalah antara langkah pencegahan.

Bagi ibu hamil pula, ketuat kelamin boleh menjangkiti anak yang bakal lahir terutama jika bayi dilahirkan secara normal. Virus HPV boleh menjangkiti anak semasa proses kelahiran. Dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami ketuat kelamin dengan segera. Nanti kak miah kongsikan cara cara rawatan untuk ketuat. Jumpa lagi!

 

 

{ 2 comments… read them below or add one }

Nurainy Md Jali December 29, 2017 at 8:11 pm

Takutnya. Mcm2 ketuat ada

Reply

azszua03 January 4, 2018 at 9:21 pm

han…kalau tengok gambar lagi ngeri

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: