CARA HILANGKAN KETUAT DAN KAEDAH RAWAT KETUAT

by azszua03 on 30 December 2017

Assalamualaikum…

Sambung cerita lagi pasal ketuat. Benda kecil yang mencacatkan. Lebih parah bila ia mampu menyebabkan penyakit lebih merbahaya menjengah. So hari ni kak miah nak cerita pula tentang cara buang atau rawatan untuk hilangkan ketuat. Malukan kalau ada ketuat….apa lagi kalau kat bahagian yg boleh dilihat.

Ada pelbagai jenis rawatan yang boleh dicuba untuk menghilangkan ketuat. Yang paling penting, anda perlu mendapatkan rawatan melalui pihak yang pakar dan bertauliah. Jangan sesekali cuba untuk membuang ketuat secara memotong bahagian dijangkiti sendiri. Antara kaedah yang boleh anda dapatkan di pusat pusat perubatan ialah :

1.Penggunaan Krim

Krim Salap asid salisilik adalah antara rawatan awal untuk masalah ketuat. Ubat ini hanya disapu dibahagian kulit yang dijangkiti. Disapu sehingga ketuat menjadi kering. Apabila kering, ketuat perlu dikikis. Keruping yang kering perlu dicabut secara berhati hati agar tidak kena pada bahagian kulit yang sihat. Jika terkena, kemungkinan bahagian itu akan dijangkiti pula.

2. Terapi Cryo.

Kaedah ini menggunakan cecair nitrogen di letakkan pada ketuat untuk biarkan ia kering, mengecut dan gugur dengan sendiri. Walau bagaimana pun, kaedah rawatan ketuat ini perlu dijalani berulangkali sebelum ketuat benar benar hilang.

3. Interferon dan Asid Trichloracetic (TCA)

Satu lagi kaedah yang digunakan ialah menggunakan suntikan interferon. Interferon bertindak untuk melawan sel sel yang dijangkiti virus dan memusnahkannya. Kemudian, TCA pula akan disapu pada permukaan ketuat.

4. Podophyllin

Ini merupakan kaedah rawatan ketuan menggunakan sejenis tumbuhan. Sejenis ubat digunakan dengan menyapunya pada bahagian yang dijangkiti bagi memusnahkan tisu yang dijangkiti virus dibahagian permukaan kulit.

5. Pembedahan

Kaedah pembedahan juga digunakan bagi sesetengah jenis ketuat yang mungkin tidak boleh menggunakan ketiga tiga cara diatas. Anda adalah dilarang keras untuk cuba memotong atau mengikis ketuat secara terus. Ia mungkin boleh mendatangkan masalah yang lebih serius.

Itulah tadi bagaimana kaedah rawatan yang digunakan untuk menghilangkan ketuat. Walau bagaimanapun, apabila masalah kulit ini terjadi, perkara pertama yang perlu diingatkan ialah mengenai sistem pertahanan diri atau imun sistem. Kak miah mencadangkan pemakanan supplemen merupakan salah satu cara untuk mengelak dan menjauhkan jangkitan ketuat.

Insyaallah entry akan datang akan kak miah terangkan bagaimana supplemen boleh membantu anda menghilangkan ketuat dan membina kulit yang lebih sihat dan cantik. Stay tune!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: