FUNGSI OMEGA-3 YANG SANGAT PENTING UNTUK KESIHATAN JANTUNG DAN SALUR DARAH

by azszua03 on 6 January 2018

Assalamualaikum semua…

Hari ini kak miah nak cerita pasal Omega 3. Bukan pasal Minyak ikan tau, tapi pasal Omega 3. Dua perkara berbeza tu. Nanti kak miah beritahu apa bezanya dan bagaimana memilih yang paling bagus sebagai supplemen harian anda.

Penyebab penyakit Jantung

Penyakit jantung adalah penyakit kedua terbanyak di Malaysia selepas diabetes. Banyak faktor yang menyumbang kepada statistik ini. Ia dikatakan pembunuh secara senyap kerana biasanya ia dikesan setelah pesakit mendapat serangan ataupun setelah kerosakan pada jantung berlaku. Semua ini berlaku berpunca dari “Radang” atau “inflamasi”.

Keradangan atau inflamasi menyebabkan kerosakan kepada dinding salur darah dan boleh menyebabkan aliran darah tidak berjalan dengan lancar. Apabila darah tidak berjalan lancar dan kerosakan salur darah pada bahagian jantung bertambah teruk, kemungkinan tinggi risiko penyakit koronori jantung akan berlaku. Jantung akan mengepam darah dengan lebih sukar apabila peredaran darah tidak lancar.

Keradangan yang menyebabkan kerosakan pada salur darah sekaligus meninggikan risiko penyakit jantung ini boleh dikurangkan dengan pengambilan asid lemak perlu omega 3 secara konsistan setiap hari.

Omega 3 juga mengekalkan paras trigliserida dan tekanan darah.

Banyak kajian telah dibuat terhadap fungsi asid lemak perlu omega-3 kepada tubuh manusia. Selain dari mencegah atau mengurangkan risiko penyakit jantung, ia juga berfungsi untuk mengekalkan paras trigliserida dan tekanan darah seseorang. Bermakna ia bagus untuk mencegah kolesterol tinggi dan juga penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Darah membawa bekalan oksigen keseluruh sistem tubuh manusia. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan pengaliran darah lancar. Pengaliran darah yang lancar bukan sahaja perlu bergantung kepada salur darah yang sihat tetapi juga kepada kepekatan darah seseorang. Mereka yang mempunyai kepekatan darah yang tinggi, meninggikan risiko penyakit jantung dan penyakit hipertensi. Kajian menunjukkan pengambilan omega 3 baik untuk pengaliran darah yang lancar dan mengurangkan kepekatan darah kepada paras normal.

Makanya, apabila pengaliran darah lancar keseluruh tubuh ia akan mengekalkan degupan jantung yang sihat.Jika anda mengalami degupan jantung yang tidak normal, silalah berjumpa doktor anda dengan segera kerana ia adalah antara simptom penyakit jantung.

Sudahkah anda mengamalkan pengambilan omega 3? Jika belum, segeralah mengamalkannya bersama dengan sumber Coq10 yang sangat bagus untuk jantung anda. Shaklee juga baru melancarkan supplemen Coq10 bernama Coq-Trol Plus yang mana Coq10 di gabungkan bersama resveratrol untuk hasil yang lebih efektif dan power!

Bagaimana untuk mendapatkan omega 3 dan coq-Trol?

Mudah sahaja, anda boleh membuat belian melalui link dibawah (sediakan kad credit atau kad debit anda) ataupun klik icon “whatsapp saya” dibawah sebelah kanan ini untuk belian atau pertanyaan. Jangan malu malu ya…. 😉

 

OMEGA PROMO ( 1ST- 31ST JANUARY 2018

KLIK UNTUK ORDER

 

OMEGA GUARD DAN COQ-TROL PLUS

KLIK UNTUK ORDER

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: