MERIAHNYA SAMBUTAN YOUTH SKINCARE DI BUSINESS LEADER NATIONAL CONFERENCE 2018

by azszua03 on 3 February 2018

Assalamualaikum semua….

Lama kak miah tak bersiaran bila byk perkarang terjadi sejak akhir bulan Januari lagi. Kesihatan pula tiba tiba diuji dengan sakit mata, itupun alhamdulillah tak lama menanggungnya. Lepas 3 hari ok dah. Mula mula risau juga sebab awal Febuari nak menghadiri Bussines Leader National Conference (BLNC). Alhamdulillah Allah sembuhan kan segera kesakitan dan mengizinkan kak miah hadir ke BLNC.

Pastinya BLNC yang diadakan setiap tahun adalah Majlis yang ditunggu tunggu oleh semua pemimpin kumpulan. Masa inilah pelbagai info baru tentang syarikat akan dibentangkan. Yang paling teruja apabila ada produk produk baru yang saintis Shaklee cipta dibawa masuk ke pasaran Malaysia. Kami juga akan dibengangkan dengan plan untuk cycle akan datang, apa yang dikongsikan oleh syarikat pastinya untuk membantu kami leader leader mengembangkan lagi perniagaan kami.

Barisan leader GMF yang komited

BLNC juga adalah waktu untuk kami bersosial!. Ya, masa yang ditunggu tunggu untuk berkumpul bersama downline sendiri dan juga kawan kawan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kawan kawan yang jarang dapat kita berjumpa kecuali ketika trip Shaklee atau event event besar. Saling bertukar cerita dan bergosip juga…hahahaa… takdelah, mereka ini semuanya positif positif orangnya, mana sempat nak bergosip bagai.

BLNC kali ini seperti yang saya pernah katakan dalam entry sebelum ini, perkara yang paling ditunggu tunggu oleh semua ialah pelancaran Skincare terbaru Shaklee iaitu “Youth”. Bila ketua saintis yang menjalankan research dan ujian klinikal terhadap Youth sendiri yang datang dari USA untuk memberikan penerangan tentang skincare ini, pastinya kami sangat kagum dan jujurnya yakin dengan penghasilan produk ini. 8 tahun jangkamasa untuk mencipta skincare yang hebat ini. 8 patents untuk satu produk skincare yang tidak boleh ditiru oleh pengusaha lain. Tiada mengandungi lebih 1500 bahan kimia yang biasanya terdapat dalam produk skincare yang lain. 100% vegan (berasakan tumbuh tumbuhan). Fuhhh…panjang lagi list kehebatan “Youth” yang akan saya ceritakan di entry lain nanti.

Baca penulisan terkini tentang youth —-> Keistimewaan dan kelebihan Youth yang tiada pada produk skincare dipasaran.

 

2 daripada 3 set yang kak miah borong..

So, semasa BLNC kali ini, kak miah sempat grab 3 set Youth yang di buka hanya kepada Leader yang layak ke BLNC sahaja. 3 set semua dah bertuan…berebut downline downline kak miah nak cantikkan kulit masing masing dengan youth. Korang kalah nak beli, tunggu bulan depan yer….insyaallah bulan depan akan start dijual dipasaran. Beli dengan kak miah tau!

Oklah, kak miah stop sini dulu, mata dah mengantuk, penat seharian timba pelbagai ilmu dan terima pelbagai info dari Shaklee. Lagipun, esok ada Roadshow pula. Ha…Roadshow ni nanti lagi oelbagai ilmu tentang Youth akan kami ketahui. Berbaloi baloi datang BLNC dan Roadshow sebab untuk kita sampaikan segala ilmu tu pada bakal bakal customer kita nanti. Ok, see you next entry ya!

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: