“YOUTH” PRODUK PENJAGAAN KULIT PALING BERKESAN DAN SELAMAT UNTUK SEMUA

by azszua03 on 4 February 2018

Assalamualaikum…

Kak miah masih tak boleh nak move on dengan cerita tentang produk skincare Youth yang kak miah beli semasa BLNC semalam. Hari ni kak miah nak ceritakan pula apa ada dalam satu set Youth Skincare. Pasti ramai yang tertanya tanya berbaloi tak dengan harga yang dilaburkan untuk membeli 1 set Youth ni kan. Yerlah, kak miah beli sampai 3 set, mestilah ada something yang special dalam produk Youth ni kan. Sebenarnya…bukan something special, tapi everything pasal Youth adalah sangat special. Tu sebab berebut rebut orang nak memilikinya secepat mungkin.

Satu set Youth ada 6 item produk yang berlainan fungsi kepada kulit kita. Kesan dia boleh rasa selepas anda guna walau sekali sahaja ke kulit muka anda. Tak percaya? Sila la cuba, kak miah berkata kata atas pengalaman sendiri ni tau. Ok jom kak miah ceritakan setiap satu produk yg terkandung dalm set Youth.

1.Luminous Oil Gel Cleanser

Pencuci muka ini sangat istimewa kerana ia bukan seperti pencuci muka yang biasa kita temui dipasaran. Luminous Oil Gel Cleanser tidang mengandungi sabun. Ia mengandungi PH yang seimbang dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia diperbuat dengan gabungan vitamin yang dipatenkan dan juga polifenol serta alga untuk membersih, memperhaluskan dengan lembut dan langkah pertama untuk bersedia dengan rangkaian produk Youth yang lain.

2. Perfecting Skin Toner.

Toner yang bertindak sangat lembut pada kulit wajah. Mengandungi ekstrak Muscadine grapes dan ekstrak alga hijau untuk menyegar dan menghaluskan kulit. Toner juga berfungsi bagi menyingkirkan sel sel mati agar kulit lebih bersih dan cerah berseri. Toner juga penting untuk mengecilkan liang roma kulit wajah agar kulit nampak lebih halus dan gebu.

3. Youth Activating Serum.

Penggunaan serum sangat penting untuk memastikan keanjalan dan menghalang kedutan wajah. Bagi mereka yang mempunyai kulit matang, serum adalah keutamaan. Youth activating serum mengandungi 10 kali ganda bahan aktif bagi menggalakkan pembaharuan sel. Serum ini adalah gabungan vitamin, polifenol dan Youth Complex yang menggalakkan penghasilan kolagen dan bertindak hingga ke peringkat sel.

4. Age Defense Moisturizer SPF 50

Age Defense Moisturizer adalah pelindung kulit anda lebih dari hanya untuk perlindungan dari cahaya matahari. Tetapi ia lebih menyeluruh dengan pelindung matahari berspektrum luas SPF 50 UVA/UVB. Ia bertindak dengan mengekalkan kelembapan kulit sekaligus menambahbaik penampilan kulit wajah. Ekstrak botani dan vitamin memberikan nutrien kepada kulit.

5. Advance Renewal Night Cream – Light

Advance Renewal Night Cream adalah antara produk asas yang perlu dimiliki. Bagi penggunaan pasaran Asia khususnya di Malaysia yang mengalami iklim panas dan lembap sepanjang tahun, hanya Advance Renewal Night Cream Light sahaja yang dibawa masuk kerana ia bersesuaian dengan semua jenis kulit orang asia. Mengandungi ekstrak Muscadine Grapes, ekstrak Alga Marin, juga Lotus Japonicus serta antioksidan bagi menggalakkan pembaharuan sel kulit. Ia juga untuk menggalakkan penghasilan kolagen untuk keanjalan kulit dan elastin. Menjadikan kulit lebih muda, licin dan cerah berseri. Kulit akan menjadi lebih lembap dan lembut. Mereka yg jenis kulit kering jgn tinggal night cream ok!

6. Radiance C+E

Salah satu dari rangkaian produk Youth yang dianggap “killer product” terutama bagi yang mempunyai masalah kulit. Mengandungi ekstrak 20% vitamin C dan juga ekstrak Vitamin E yang membantu menegang, mengurangkan garis halus pada wajah. Ia juga bertindak mengurangkan tompok usia atau jeragat dan membaiki tekstur dan tona kulit. Untuk kesan yang lebih menakjubkan, gunakan selepas Activating serum dan produk Youth yang lain.

Jadi, apa tunggu lagi wahai kawan kawan…tak kira lelaki dan wanita anda perlu mendapatkan Set Youth ini untuk penampilan kulit yang lebih sihat, cerah dan berseri. Youth terbukti secara klinikal telah memberi 100% kesan terbaik kepada mereka yang memiliki kulit dari pelbagai jenis dan juga dari pelbagai peringkat usia. YA 100% BERHASIL! sesuai dengan tagline Look Younger Longer, Youth memudakan kulit anda hampir ke 1 dekad dari usia anda. Rasai perubahan kulit 10 tahun lebih muda dengan Youth.

Untuk Order boleh hubungi kak miah ok! klick icon wasap kat sebelah kanan tu jer u olls

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: