KOMPLIKASI HIPOTIROID PADA KEHAMILAN DAN BAYI DALAM KANDUNGAN

by azszua03 on 3 March 2015

Penyakit tiroid adalah salah satu masalah yg berpunca dari sistem endokrin tubuh manusia. Sistem ini berkait rapat dengan gangguan hormon badan manusia. Masalah tiroid ketika hamil atau hipotiroidisme maternal adalah sangat merbahaya kepada ibu dan sekaligus bayi yang dikandung. Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat segera. Jom kita bincang apa komplikasi hipotiroid pada kehamilan dan bayi dalam kandungan

komplikasi hipotiroid pada kehamilan

 

Hipotiroidisme yang lazim terjadi kepada wanita semasa hamil adalah bersifat auto imun semulajadi. Maksudnya, tubuh membentuk antibodi sendiri untuk melawan sel sel tiroid. Keadaan ini seterusnya amat memberi kesan kepada kelenjar tiroid.

Antibodi yang menyerang sel sel tiroid ini menyebabkan keradangan pada kelenjar tiroid (tiroid limfosit atau hashimoto). Apabila terjadi tiroid limfosit atau keradangan kelejar tiroid ini, maka akan menyebabkan masalah hipotiroidesme (hypothyroidisme).

KOMPLIKASI HIPOTIROID PADA KEHAMILAN

Hypotiroidisme memberi komplikasi kepada ibu yang hamil dan juga kepada bayi yang dikandung. Jadi sangat penting untuk wanita yang mempunyai sejarah penyakit tiroid ataupun mempunyai simptom simptom masalah tiroid untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.

Antara komplikasi hipotiroid pada kehamilan yang sering direkodkan berlaku kepada ibu hamil ialah :

  1. Tekanan darah tinggi,
  2. Keguguran,
  3. Kelahiran pramatang,
  4. anemia,
  5. mudah terkena jangkitan,
  6. abruption placenta,
  7. arythmia (kelainan pada denyutan jantung)
  8. sakit jantung.

Semuanya komplikasi diatas adalah sangat berisiko tinggi pada nyawa ibu. Diwaktu ini, pemakanan penuh nutrisi sangat membantu bagi ibu mengurangkan risiko. Pengambilan ubat ubatan perlulah mendapat nasihat dari doktor kerana ubat ubatan yang tidak sesuai akan meningkatkan lagi risiko pada ibu dan bayi dalam kandungan.

Manakala komplikasi yang mungkin akan berlaku kepada bayi yg dikandung pula ialah bayi berisiko mengalami masalah masalah seperti dibawah :

  1. Neonatal hypertiroidisme,
  2. Intrauterine growth restriction(IUGR),
  3. Kematian selepas kelahiran,
  4. lahir pramatang, dan
  5. kemungkinan mengalami kecacatan mental.

Agak menakutkan juga komplikasi terhadap bayi jika masalah hormon tiroid semasa hamil atau hipotiroidisme maternal ini tidak di rawat.

Jadi, untuk mengelakkan komplikasi hipotiroid pada kehamilan, Ibu ibu haruslah alert dengan kesihatan dan simptom simptom yang dirasakan. Rawatan awal boleh menyelamatkan ibu hamil dan bayi yang bakal dilahirkan.

Jika ingin mencuba rawatan yang lebih selamat dan semulajadi saya cadangkan dengan mengambil supplemen Shaklee yang bersesuaian dengan ibu mengandung. Nak tahu supplemen apa, sila hubungi saya  019.242.3139 atau klick pada icon disebelah kanan anda utk terus whatsapp saya.

 

{ 1 comment… read it below or add one }

Ummi Jual Vitamin August 25, 2015 at 3:14 am

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: