CARA KECUTKAN FIBROID SEMASA HAMIL DAN KOMPLIKASI FIBROID

by azszua03 on 13 August 2016

Assalamualaikum mommies..

Saya nak sambung cerita semalam tentang fibroid. semalam citer general tentang apa itu fibroid dan punca2 kesakitan disebabkan fibroid ketika hamil, hari ni nak cerita pula Cara kecutkan fibroid semasa hamil secara semulajadi untuk panduan mommies semua. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada kita semua.

cara kecutkan fibroid semasa hamil

Kes Fibroid semasa hamil sememangnya selalu ditemui. Sebenarnya fibroid sudah ada sebelum kehamilan lagi, cuma semasa membuat imbasan ultrabunyi bagi wanita hamil, waktu itulah ia dikesan. Antara 10% hingga 30% dari kes fibroid semasa hamil memberi komplikasi terhadap kehamilan. Dua fasa komplikasi yang sering terjadi ialah :

Komplikasi di awal kehamilan

  • Keguguran

Kadar keguguran spontan meningkat sekali ganda bagi wanita yang mempunyai fibroid berbanding dengan wanita yg tidak ada masalah ini semasa hamil. Bagaimana fibroid boleh meningkatkan risiko keguguran spontan masih belum ada kajian yang jelas. Walau bagaimanapun, ia dikaitkan dengan kekerapan kontraksi rahim  yang disebabkan kehadiran ketumbuhan terbabit. Selain itu ia juga dikatakan berkait dengan kesan tekanan fibroid terhadap janin dan juga bekalan darah kepada uri dan janin yg terjejas.

  • Pendarahan ketika awal kehamilan

Pendarahan diawal kehamilan bagi kehamilan dengan kehadiran fibroid ditentukan oleh lokasi dimana uri dan ketumbuhan itu berada. Sekiranya uri melekat dikawasan yang hampir dengan fibroid ia akan meningkatkan potensi pendarahan diawal kehamilan. Sebaliknya jika lokasi fibroid dan uri berlainan, pendarahan mungkin tidak berlaku diawal kehamilan.

Komplikasi di hujung Kehamilan.

  • Kelahiran Pramatang

Fibroid meningkatkan risiko bersalin awal atau pra matang berbanding hamil tanpa kehadirannya. Risiko ini meningkat sekali ganda sekiranya bilangan fibroid lebih banyak dan berhampiran dengan uri.

  • Pendarahan Uri (Placenta abruption)

Ada kajian yang mengaitkan pendarahan uri disebabkan fibroid. Kajian ini menunjukkan risiko uri berdarah meningkat 3 kali ganda terutama wanita yang hamil dan urinya melekat pada fibroid. Secara logiknya juga bila kita fikirkan apabila uri melakat pada fibroid akan menyebabkan uri cepat lekang dan berdarah.

  • Uri bawah (Plasenta privera)

Dua kajian menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai fibroid berisiko mengalami plasenta privera  atau masalah uri kebawah. Apabila kawasan dinding rahim dihuni oleh fibroid, uri lebih terdorong untuk melakukan pelekatan dibahagian bawah.

  • Ganggu tumbesaran janin dan kedudukan mungkin tidak normal

Kes seperti ini jarang berlaku, tetapi masih terdapat risiko ini. Dimana janin terpaksa berhimpit di dalam rahim bersama kettumbuhan. Ini mungkin menyebabkan saiz bayi sedikit kecil. Ada kes terpencil yang mana wanita memiliki saiz fibroid yg besar menyebabkan bayi yang dikandung mengalami kecacatan struktur tubuh seperti tempang.

Cara Kecutkan Fibroid semasa Hamil

Satu kerisauan apabila menghidapi fibroid semasa hamil. Tapi tahukah mommies, terdapat cara kecutkan fibroid semasa hamil dengan kaedah semulajadi yang pastinya tidak memudaratkan kehamilan anda. Caranya ialah dengan mengamalkan supplemen yang bukan sahaja untuk kecutkan ketumbuhan, tapi untuk kesihatan ibu dan bayi yang dikandung. Apa suplemen yang boleh kecutkan fibroid ketika mengandung?

kecutkan fibroid, supplemen preggy mom

Ada 2 cara untuk anda dapatkan Set Fibroid (preggy mom) ni. Cara yang pertama ialah dengan membuat belian secara Online melalui Link pada button dibawah. Jangan lupa sediakan bersama Kad Credit atau Debit anda semasa membuat tempahan online.

Click Now!

Atau cara ke dua ialah dengan menghubungi saya terus (019.242.3139) bagi mendapatkan keterangan lanjut dan utk saya uruskan pesanan anda sehingga sampai di pintu rumah anda. Pstttt…kalau nak diskaun atau pun nak jadi member (dapat harga ahli ) dengan Set Breast Lump ni jangan segan segan klik link whatsapp dibawah ni yer

Klik Sekarang ——–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ——–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ——–> www.wasap.my/60192423139

Terima kasih

{ 2 comments… read them below or add one }

mama August 13, 2016 at 11:39 pm

Sangat berguna info ni…

Reply

azszua03 August 16, 2016 at 3:22 pm

tq mama

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: