Semalam dah explain tentang “Apa itu G6PD dan Bahayakah G6PD“. Harap semua sudah jelas tentang G6PD ini. Oleh kerana G6PD boleh mengancam nyawa seperti masalah kesihatan lain, maka perlulah mengambil langkah berhati hati bagi penghidapnya. Jika langkah berhati2 diambil, insyaallah tiada yg merbahayakan.
Apakah langkah berhati2 yg perlu dilakukan oleh penghidap G6PD? Apa yg perlu mereka elakkan? Jom saya huraikan satu persatu.
- Makanan yang mengandungi pewarna tiruan seperti methylene dan toludine blue. Setiap kali membuat belian, pastikan anda memeriksa label senarai kandungan terlebih dahulu.
- Makanan yg mengandungi sulfida juga sangat berisiko menyebabkan himolisis.
- Kacang soya atau produk mengandungi soya seperti susu berasaskan soya
- Semua jenis kacang atau makanan mengandungi kacang terutama kacang parang (fava beans)
- Sesetengah produk bebas gluten seperti tepung
- Asid askrobik TIRUAN yg biasa terdapat dalam Suplemen Vitamin C.
- Gula gula dan makanan berperisa menthol.
- Ubat gegat tidak boleh digunakan untuk pakaianan penghidap G6PD
- Ubat nyamuk atau semburan ubat nyamuk yang mengandungi pyerthium.
- Beberapa ubatan herba dan tradisonal seperti Chuen Lin, San Chi, 13 herba, 12 herba.
Apa rawatan untuk G6PD?
Tiada sebarang rawatan untuk G6PD. G6PD adalah masalah genetik dan seumur hidup tetapi G6PD tidak mengganggu perkembangan dan tumbesaran seseorang. G6PD boleh dikawal dengan pengambilan makanan yang sihat dan juga mengelakkan semua makanan dan bahan yang tidak boleh diambil. Walaubagaimanapun setiap individu yang memiliki G6PD mempunyai kesensetifvitian yang berbeza beza.
Jika anda ibu yang menyusukan anak yang memiliki G6PD, pengambilan Vitamin Shaklee untuk ibu menyusu dapat membaiki tahap kesihatan anak anda. Set basic iaitu Vitalea, B complex, Vitamin C dan juga Ostematrix sangat membantu.
{ 0 comments… add one now }