RESEPI MEE BANDUNG RINGKAS TIDAK GUNA PERENCAH SEGERA

by azszua03 on 19 October 2016

Assalamualaikum…

Nak share hari ni 1st time dlm hidup buat mee bandung. Akibat ternampak mee bandung lalu kat newsfeed semalam.hahaha…pagi ni terus cari bahan…kebanyakkannya dah ada pun cuma beli daging, udang kering dan kacang tanah je sikit tadi.

Alhamdulillah….rasa mmg tak menghampakan walaupun resepi campak campak je. Saya tak guna perencah segera tau. Semua apa yang ada di dapur sempit saya tu je. Meh nak tunjuk mee bandung yang dah siap dimasak tadi.

meebandung

Jangan meleleh air liur lak….meh kak miah ajar cara nak buat mee bandung sedap nih. 1st timer pun mesti menjadi punya. Yang penting jgn kedekut nak lengkapkan bahan2 dlm masakan ok.

Ok jom tengok apa bahan bahan yang diperlukan. Bahan bahan asas je ni. Saya buat utk lebih 500gm mee kuning je tadi.

  1. Mee kuning 500gm
  2. Daging 200gm
  3. Minyak untuk menumis
  4. Cili kering segenggam (kisar)
  5. Bawang besar 1 labu
  6. Bawang merah 3 ulas
  7. Bawang putih 3 ulas
  8. Udang kering segenggam
  9. Kacang tanah 3/4 cawan
  10. Sos tomato 2 sudu besar
  11. Sos tiram 1 sudu besar
  12. Sayu sawi
  13. Tomato
  14. Tauhu (jika suka)
  15. Telur (ikut bilangan yg sesuai)
  16. Gula dan garam secukupnya
  17. Tepung jagung 1 sudu besar (jika suka)

Ok cara cara nak masak boleh ikut step step dibawah ya.

  1. Rebus daging dlm 1 liter air sehingga daging empuk. Simpan air. Dagung sejuk, racik racik nipis dan ketepikan.
  2. Kacang tanah digoreng tanpa minyak sebentar dan kisar.
  3. Celur mee kuning sebentar dan toskan. Ketepikan.
  4. Bawang besar, bawang merah, bawang putih dan udang kering kisar halus.
  5. Panaskan kuali dan minyak. Goreng hirisan tauhu sebentar hingga  kekuninggan dan angkat ketepikan.
  6. Tambah sedikit minyak utk menumis. Masukkan bawang dan udang yg telah dikisar tadi…tumis hingga naik bau.
  7. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Then masukkan separuh air rebusan daging tadi. Ketika mendidih masukkan kacang tanah yg sudah dikisar, sos tiram dan sos tomato. Kemudian masukkan lagi separuh air rebusan daging. Biar mendidih dan kacau biar pekat.
  8. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa anda. Saya masuk 3 sudu gula dan setengah sudu kecil garam.
  9. Masukkan hirisan daging, hirisan tauhu dan batang sawi.
  10. Masukkan telur. Terpulang ingin separuh masak atau masak sepenuhnya. Jika mahu,boleh masukkan bancuhan tepung jagung dan air supaya lebih pekat
  11. Masuk daun sawi dan hirisan tomato kacau sebentar dan tutup api.
  12. Tuang kuah keatas mee kuning yg sudah ditoskan tadi dan hias dengan daun bawang atau bawang goreng jika suka.

Siap sudah mee bandung anda. Boleh jadikan juadah untuk tetamu ataupun juadah sekeluarga. Selamat mencuba!

 

{ 2 comments… read them below or add one }

Ros October 19, 2016 at 9:11 am

Sedapnya kak Miah..
Terliur terus tengok gambarnya.

Reply

azszua03 October 19, 2016 at 1:16 pm

Amatur je ni ros…pun dah rasa sedap…biasa order kedai xmemuaskan hati..buat je sendiri

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: