KEPENTINGAN HORMON TIROID PADA IBU HAMIL YANG JARANG DIPEDULI

by azszua03 on 12 December 2016

Assalamualaikum semua…

Bila sebut perkataan “tiroid” pastinya ramai yang fikir tentang penyakit hipotiroid dan hipertiroid. Jarang yang fikir apa kepentingan hormon tiroid kan? Tapi,  nak ke anda tahu kepentingan hormon tiroid pada ibu hamil dan anak yang dikandung?

Sebenarnya hormon tiroid penting pada tubuh kita kerana ia mempengaruhi setiap sel organ manusia dan juga penting untuk membantu proses metabolisma tubuh. Jom saya terangkan lebih lanjut

hormon tiroid pada ibu hamil

Apa fungsi kelenjar tiroid dan kepentingan hormon tiroid pada ibu hamil?

Kelenjar tiroid yang sihat dan berfungsi dengan baik adalah penting untuk semua orang. Tetapi ia menjadi lebih penting kepada seorang ibu yang hamil terutama di tempoh trimester pertama kehamilan. Kelenjar tiroid yg sihat mampu memenuhi keperluan untuk hormon tiroid yg meningkat untuk ibu dan janin yang dikandung.

Apabila seseorang wanita itu hamil, tubuhnya memerlukan hormon tiroid yang mencukupi untuk menyokong keperluan metabolik dirinya yg semakin meningkat serta untuk bayi yg dikandung. Hormon tiroid pada ibu hamil sangat penting kerana ia akan mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan otak bayi yang dikandung.

Kekurangan hormon tiroid untuk keperluan tubuh dan bayi yang dikandung dipanggil hipotiroidisme maternal. Ia berpunca dari masalah kelenjar tiroid itu sendiri. Jadi, sangat penting untuk keseimbangan hormon tiroid dipastikan sentiasa diparas yang stabil. tidak terlalu rendah dan terlalu tinggi.

Wanita terutamanya dalam usia kesuburan perlu alert dengan perubahan tubuh dan memastikan tidak mendapat apa apa simptom hipotiroid mahupun simptom hipertiroid kerana kehadiran masalah tiroid ketika hamil akan mendatangkan komplikasi yang sangat besar pada anda dan bayi dalam kandungan.

So, bagi sahabat sahabat yang ingin hamil atau sedang dalam usaha untuk hamil, anda haruslah memastikan kelenjar tiroid anda sihat dan tidak mengalami apa apa masalah melalui ujian darah ringkas yang boleh dibuat di klinik klinik kesihatan.

Bagaimana memastikan kelenjar tiroid sihat dan berfungsi dengan baik?

1. Jaga pemakanan.

Elak makanan yang boleh menjurus kepada pemakanan yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan juga lemak trans yang sangat tidak diperlukan oleh badan tetapi sedap untuk dimakan. Pemakanan tidak sihat akan menyebabkan gangguan hormon dan sekaligus mengganggu fungsi kelenjar tiroid.

2. Buat pemeriksaan berkala.

Wanita 2 kali ganda berisiko mengalami masalah tiroid berbanding lelaki. Hormon tiroid pada ibu hamil seharunya stabil dan tidak mengalami masalah. Maka, pemeriksan berkala harus dilakukan bagi memastikan anda wanita yang bebas dari masalah kelenjar tiroid. sebaiknya 3 bulan sekali atau sekurang kurangnya 6 bulan sekali.

3. Pengambilan makanan tambahan

Mengamalkan suplemen kini bukan lagi perkara asing. Semua sedar bahawa makanan sekarang sudah tidak sama kandungan nutrisinya walaupun jenis tumbuhan yang sama. Jika 50 tahun dahulu kandungan mineral tanah sangat tinggi, tapi sekarang sangat jauh kurangnya. Maka, disinilah suplemen memainkan peranan. Tapi anda harus bijak memilih suplemen yang ingin anda makan.

Suplemen dari Shaklee pastinya yang terbaik dan melalui beribu ujian klinikal dan dihasilkan oleh barisan para saintis hebat. Telah lebih 100 tahun dalam bidang makanan tambahan pastinya Shaklee dipercayai dari dulu hingga kini. Kalau nak tahu supplemen apa yang sesuai untuk kesihatan anda boleh hubungi saya segera. 019-2423139

 

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Terima Kasih

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: