HIPOTIROID SEMASA HAMIL DAN SIMPTOM SIMPTOM KEKURANGAN HORMON TIROID

by azszua03 on 13 December 2016

Assalamualaikum…

saya sambung lagi entry terdahulu berkenaan Kepentingan Dan Fungsi Tiroid kepada ibu hamil. Kali ini saya ingin perjelaskan pula tentang isu atau masalah hipotiroid semasa hamil yang sering terjadi dan apa gejala atau simptom yang kemungkinan boleh terjadi kepada ibu dan bayi. Jika anda merancang untuk hamil atau sedang hami, wajib baca artikel ini.

Apa itu Hipotiroid Maternal?

Hipotiroid Maternal ialah sejenis penyakit tiroid disebabkan kelanjar tiroid tidak dapat membekalkan keperluan hormon tiroid yg mencukupi kepada ibu hamil dan bayi yg dikandung. Ini adalah penyakit tiroid yang paling lazim dialami oleh ibu hamil tetapi kebiasaannya tidak disedari oleh wanita terbabit.

Apa yang perlu dibimbangkan ialah kekurangan hormon tiroid ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada ibu dan juga bayi yang dikandung. Jika tidak dirawat, boleh berlaku komplikasi ketika kehamilan dan juga selepas kelahiran bayi.

hipotiroid semasa hamil

 

Apa simptom simptom Hipotiroid semasa hamil?

Apabila hotmon tiroid tidak mencukupi di aliran darah, maka pelbagai fungsi tubuh akan mula terjejas. Ini boleh dikesan melalui simptom simptom seperti dibawah.

  • Keletihan dan lesu

Hipotiroid semasa hamil akan menyebabkan badan terasa lesu dan mudah letih. Keletihan akan menyebabkan anda tidak aktif. Namun simptom ini berlaku seperti normal kepada wanita hamil diawal trimester oleh sebab itu ramai ibu hamil yang tidak menyedari masalah ini sedang berlaku pada tubuh mereka.

  • Kenaikan berat badan yg mendadak

Apabila kelesuan dan badan tidak aktif ketika hamil, kenaikan berat badan secara mendadak kemungkinan akan berlaku. Hipotiroid semasa hamil juga menyebabkan metabolisma tubuh menjadi rendah dan kegemukan mudah terjadi.

  • Sembelit

Sembelit juga adalah antara simptom yang akan terjadi kepada ibu hamil yang mengalami kekurangan hormon tiroid. Ia berlaku kerana sistem penghadaman sedikit sebanyak akan terganggu.

  • Sensetif pada kesejukan

Satu lagi simptom bagi mereka yang kekurangan hormon tiroid ialah mereka lebih cepat sensetif pada kesejukan berbanding orang lain.

Jika dilihat, simptom ibu hamil menghidap tiroid sama sahaja dengan simptom kepada induvidu dewasa lain, tetapi ramai ibu hamil yang masih mengambil mudah dengan simptom simptom ini sehingga boleh memudaratkan bayi didalam kandungan.

Jadi, jika anda perasan memiliki simptom simptom seperti di atas, segeralah ke klinik kesihatan berhampiran untuk membuat ujian darah ringkas bagi memastikan samaada anda mengalami masalah hipotiroid maternal atau tidak. Sila beritahu doktor anda sekiranya mendapat simptom simptom diatas. Ini bagi mengelakkan berlakunya komplikasi kepada bayi dan anda sekiranya anda disahkan menghidapi hipotiroid maternal.

Walau bagaimanapun, jangan risau masih ada rawatan tiroid untuk ibu hamil yang boleh memastikan kesihatan anda dan bayi anda sekiranya anda dikesan menghidapinya. Ikhtiar melalui penggunaan suplemen juga menjadi keutamaan dizaman ini.

Anda ingin mengetahui bagaimana suplemen boleh membantu masalah tiroid anda walaupun ketika kehamilan. Sila hubungi saya melalui nombor 019.242.3139 dengan kadar segera atau click sahaja icon whatsapp di bahagian kanan web ini.

Add saya di Fb : NoorAzmiah Mohamad

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: