RAWATAN DAN CARA MENGAWAL MASALAH TIROID SEMASA HAMIL

by azszua03 on 13 December 2016

Assalamualaikum…

Saya sambung lagi berkenaan Tiroid VS kehamilan. Hari ini saya nak terangkan kenapa dan bagaimana cara mengawal masalah tiroid anda. Penting tau kawal masalah tiroid semasa hamil ni. Tak boleh main main dan anggap ia perkara biasa. Ia boleh mengancam nyawa ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Saya nasihatkan jika anda mempunyai simptom simptom masalah kelenjar tiroid seperti entry sebelum ini, segeralah mendapatkan pemeriksaan dan pengesahan dari klinik dan hospital berdekatan tak perlu tunggu lebih lama dan tak kira sama ada anda hamil atau tidak.

Kebanyakan doktor akan menasihati ibu ibu hamil yang mempunyai kelainan pada kelenjar tiroid ataupun mmg mempunyai masalah hipotiroid untuk menangguh kehamilan sehingga masalah si ibu dapat ditangani.

cara mengawal masalah tiroid

Perlu diingat bahawa ujian pengesanan atau ujian darah tidak dilakukan ketika antenatal. Doktor akan hanya membuat pemeriksaan lanjut sekiranya mengesyaki anda ada masalah atau anda memberitahu terdapat simptom simptiom yang meragukan.

Merawat ibu hamil yang mempunyai simptom penyakit tiroid adalah berlainan dari pesakit yang tidak hamil. Jadi, ibu hamil tidak boleh beranggapan kelainan atau simptom yang dihadapi adalah perkara biasa. Maklumkan kepada doktor anda kerana mereka tahu bagaimana cara mengawal masalah tiroid ibu hamil dengan lebih selamat.

Cara Mengawal Masalah Tiroid semasa hamil

Jika tiroid terjadi ketika kehamilan, doktor lazimnya akan menyasarkan kadar hormon tiroid pada batas normal secepat mungkin dengan menggunakan ubatan yg minimum sebagai cara mengawal masalah tiroid. Preskripsi ubat untuk hanya boleh dikeluarkan oleh doktor sahaja. Jangan pandai pandai beli difarmasi ya!

Selanjutnya sekiranya terdapat alahan kepada ubatan yg digunakan utk meredakan hormon tiroid, kemungkinan pembedahan terpaksa dilakukan. Doktor tidak akan memberikan ubat ubatan berdose tinggi kepada pesakit yang hamil kerana ubat ubatan tiroid sgt memberi komplikasi kepada bayi yang dikandung.

Rawatan radioiodine juga tidak akan sama sekali diberi sebagai cara mengawal hormon tiroid kepada wanita hamil. Radioaktif sangat merbahaya kepada si ibu dan juga bayi yang dikandung.

Satu kaedah yang selamat dan terbukti berkesan sebagai ikhtiar dan cara mengawal tiroid ibu hamil ialah dengan menggunakan nutrisi semulajadi melalui suplemen. Anda boleh baca lanjut info dari artikel ini —–> Cara rawat masalah tiroid tanpa pembedahan

Penjagaan pemakanan juga penting bagi memastikan kesihatan semasa kehamilan berada ditahap optimum. Set suplemen hipotiroid bukan sahaja bagus sebagai cara mengawal tiroid, tetapi juga memberi nutrisi lengkap kepada ibu hamil dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

Demikian sedikit sebanyak info untuk panduan bersama. Dapatkan nasihat doktor pakar sekiranya anda hamil dan mengalami simptom simptom tiroid dan jangan lupa untuk menjaga pemakanan anda juga!

Hubungi saya untuk info lanjut berkenaan kehamilan vs tiroid atau sebarang masalah kesihatan yang membelenggu fikiran anda sebagai seorang wanita kerana kepakaran saya ialah mengenai isu isu kesihatan wanita.

 

Facebook : NoorAzmiah Mohamad

Call/SMS : 019-242 3139

Whatsapp : www.wasap.my/60192423139

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: