6 LANGKAH PENCEGAHAN HFMD YANG PERLU DIKETAHUI IBUBAPA

by azszua03 on 25 July 2018

Assalamualaikum ibubapa semua…

Kes HFMD semakin berleluasa sekarang. Teringat saya lebih kurang 2 tahun lepas apabila anak saya dijangkiti HFMD. Mujur saya mengambil langkah awal, jadi jangkitan adalah sangat minima dan terkawal. So, hari ni saya nak cerita sikit tentang HFMD.

Saya harap ibubapa semua sudah faham apa itu HFMD dan apa simptom simptom HFMD. Ok! Sebagaimana yg telah saya maklumkan pada entry sebelum ini jika anak anda telah pun mempunyai simptom simptom HFMD, teruslah membawa mereka ke Hospital berdekatan. Jangan hantar anak anda yg telah dijangkiti ke tadika, taska atau ke rumah pengasuh walaupun anda terpaksa bekerja bagi memastikan kanak kanak asuhan lain tidak dijangkiti HFMD.

 

Tetapi jika anak anda belum dijangkiti eloklah sekiranya mengambil langkah pencegahan.

Langkah Pencegahan dari dijangkiti HFMD

  1. Didik anak anda mencuci tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum makan dan selepas ke tandas. Anda juga sebagai ibu bapa perlu melakukan perkara yg sama terutama ketika menyediakan makanan utk keluarga, selepas menukar lampin dan membersihkan najis si manja anda.
  2. Mandi dan tukar pakaian setelah balik dr kerja sebelum bermesra dengan anak anak. Jika membawa si kecil keluar ke tempat awam, bersihkan dan mandikan sikecil apabila balik ke rumah.
  3. Cuci sekerap mungkin alat mainan, permukaan meja, kerusi atau lantai yg boleh disentuhi oleh si manja anda dengan pencuci organik dan semulajadi seperti Basic H.
  4. Elak atau kurangkan membawa anak anda ketempat awam yg sesak seperti pusat membeli belah, kolam renang, playground, pawagam atau pasar.
  5. Hati hati ketika menggunakan kemudahan seperti baby chair di restoran, troli dipusat membeli belah dan handrail ditempat awam. Bawa tisu basah atau jika saya bawa semburan Basic H sebagai pembersih selepas anak memegang objek.
  6. Mandikan anak sebaik sahaja sampai dirumah setelah pulang dari taska, tadika ataupun dari tempat awam.
  7. Didik anak anda supaya menutup mulut dan hidung sewaktu bersin atau batuk. Gunakan tuala atau tisu bersih.
  8. Ajar anak anda supaya tidak berkongsi barangan peribadi seperti tuala mandi, berus gigi, dan sapu tangan. Barangan lain seperti sudu, garfu, cadar dan cawan juga harus dielakkan perkongsian.

Ok, itu langkah langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan HFMD terjadi. Semoga dapat menjauhkan jangkitan sebegini dari anak2 kita. Tapi, Bagaimana pula jika anak sudah dijangkiti? Adakah rawatan lain selain dari kuarantin di ward?

Perlu ibu bapa tahu bahawa HFMD boleh menyebabkan jangkitan hingga ke paru paru dan organ anak sekiranya imuniti anak tidak kuat. Lagi parah sekiranya kuman menjangkiti otak si kecil anda. Nasihat saya, jika anda bekerja, ambillah cuti sehingga anak anda benar benar bebas dari jangkitan dan rawat anak anda sehabis baik. Jangan bawa anak anda ke tempat awam.

Jom saya kongsikan pula bagaimana nak merawat si kecil yang telah dijangkiti? Berdasarkan pengalaman saya merawat anak saya yang dijangkiti ketika berusia satu setengah tahun. Alhamdulillah dalam masa 3 hari lepuhan kering dan demam kebah. Klik Entry dibawah sekarang!

APA NAK BUAT JIKA ANAK DIJANGKITI HFMD? BAGAIMANA MERAWAT HFMD?

 

sebarang pertanyaan boleh hubungi 019-2423139 atau clik link whatsapp dibawah :

http://hfmdproduct.wasap.my/

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: