NAK BERNIAGA APA? 3 CIRI YANG PERLU ANDA KAJI JIKA INGIN BERNIAGA LAMA

by azszua03 on 16 August 2018

Assalammualaikum semua…

Hari ni saya nak kongsikan bagaimana cara untuk mencari bisnes yang boleh memberikan anda keuntungan dan risiko kerugian yang rendah atau hampir sifar. Ciri bisnes atau perniagaan yang perlu anda amik berat ada banyak.  Tetapi cukup 3 ciri utama ini terlebih dahulu yang perlu anda kaji sebelum anda memulakan perniagaan.

Ok,  dah sedia nak tahu apa 3 ciri tersebut? Pasti tak sabar kan?  Kalau 3 ciri ni tak ada dalam produk atau service perniagaan anda,  sila la fikirkan semula ya

1. Produk Intrend.

Apa maksud produk Intrend? Maksudnya ialah produk yang sedang hangat atau yang menjadi trend pengguna. Media social sekarangkan menjadi penyebar maklumat utama. Jadi,  orang akan kenal dan tahu tentang sesuatu produk jika ia menjadi bualan ramai. Produk yang bagus, memberi kesan positif dan terbukti menyelesaikan masalah ramai pengguna adalah produk intrend yang akan menjadikan perniagaan anda berbaloi dan menguntungkan.

Produk yang belum dikenali perlukan lebih usaha utk diperkenalkan. Tentu sahaja ia akan memerlukan masa yang lebih untuk dikenali ramai. Sebaiknya pilih produk yang telah mendapat sambutan dipasaran. Sebut sahaja nama produk orang dah kenal.  Kan pantas dapat hasil bila diniagakan.

2. Potensi produk jangkamasa panjang.

Produk yang menggunakan modal yang rendah tetapi sangat mempunyai potensi untuk kekal digunakan oleh orang ramai dimasa akan datang. Selanjutnya produk tersebut akan digunakan untuk jangkamasa yang lama. Maksud jangkamasa yang lama pastinya produk itu berkualiti tinggi dan memberi kesan positif kepada pengguna. Dijamin selamat digunakan oleh bakal pelanggan kita nanti.

Tak perlu jadi founder produk jika kita tahu produk yang bakal kita jual bukanlah produk yang kita benar benar usahakan. Apalagi jika produk tersebut produk yang hanya dilabelkan guna jenama kita, tapi bahan dalam produk pun kita tak faham sama ada berkesan dan selamat. Maka, jauh lebih baik jika kita kaji produk yang kita tahu ianya terbaik dan selamat hingga menjadi sebutan ramai.

Tiada siapa boleh meramal masa depan. Tapi, usahakan sedikit kajian untuk mengenali produk bakal bisnes anda. sebagai contoh, berapa lama “brand” atau service tersebut telah berada dipasaran sebelum ini. Bagaimana sambutan orang ramai terhadap produk terbabit. Bagaimana range harga dan kualiti produk. Apa kekuatan produk. Semua kena ambil kira.

3. Produk yang diperlukan dan digunakan berulang ulang.

Satu lagi ciri yang perlu anda kaji ialah bagaimana produk tersebut boleh terus dijual sepanjang anda berniaga. Bermakna produk yang anda niagakan sentiasa akan mendapat permintaan. Bukan hanya bermusim ataupun produk yang hanya dibeli sekali tapi digunakan sepanjang hayat pembeli (eh ada ke…hahaha).

Sebagai contoh, katalah kita nak jual permaidani. Adakah setiap tahun orang akan tukar permaidani, atau setiap bulan org akan beli permaidani baru? Bukan tak boleh, tapi peluang untuk mendapat “repeat customer” hampir agak mustahil kan? Dan sehari, atau seminggu dapat jual berapa keping sahaja, sedangkan anda memerlukan perniagaan yang berulang ulang supaya dapat menjana pendapatan yang tinggi dan pantas.

Carilah perniagaan yang menjual produk yang digunakan setiap hari dan bila habis orang akan cari kita semula. Kan berbaloi begitu? kita akan dapat sales berulang ulang dalam jangkamasa yang lama selagi ia menjadi trend masyarakat.

Ok itulah 3 ciri utama yang perlu anda kaji tersebih dahulu sebelum memilih sebarang jenis perniagaan terutamanya, perniagaan atas talian atau online. Inilah yang saya buat sebelum saya benar benar serius dalam bisnes saya sekarang iaitu menjadi Pengedar Bebas Shaklee. 3 ciri utama iniyang saya rasa lengkap untuk saya terus memulakan perniagaan saya dalam bidang makanan tambahan. Cukup Intrend, produk digunakan untuk jangkamasa yang lama bagi setiap pengguna dan juga ia digunakan berulang ulang setiap bulan oleh pengguna yang sama. Malahan, pengguna biasanya akan menambah produk yang dimakan akibat kepercayaan dan juga keberkesanan yang mereka rasai sendiri.

Nak join saya untuk membina perniagaan anda? Hubungi saya segera kerana saya baru melancarkan projek #JomBangkitBerniaga untuk membimbing lebih ramai usahawan terutamanya wanita untuk mencapai tahap ekonomi yang lebih baik. Jom sertai saya. Asalkan anda warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun keatas anda layak menyertai kami. Anda hanya perlu Klik Link whatsapp saya dibawah untuk pertanyaan dan maklumat lanjut.

KLIK SEKARANG !

http://kakmiahShaklee.wasap.my

http://kakmiahShaklee.wasap.my

http://kakmiahShaklee.wasap.my

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: