DISAHKAN KANSER PAYUDARA TAHAP 2 SELEPAS KEMATIAN SUAMI

by azszua03 on 11 October 2018

Assalamualaikum…

Kisah ini dialami oleh kak Norhayati Tee Abdullah dan diceritakan semula oleh anak sulung beliau iaitu Sharifah Norizah Bte Talib,  pengalaman disahkan kanser payudara dan bagaimana beliau melalui saat saat getir tersebut. Juga kisah sedih sebelum disahkan kanser tahap 2.

Jom sama sama kita hayati dan ambil pengajaran dari cerita dan pengalaman penghidap barah payudara ini.

Alhamdulillah wa syukurillah…

Inilah cinta hati saya dan adik-adik, satu satunya keberkatan doa yang kami ada sehingga sekarang. Disebalik senyumannya, siapa sangka mak merupakan cancer survivor. Disebalik seraut wajah yang mulus itu juga menyimpan pelbagai kedukaan dalam memikul tanggungjawab sebagai emak dan ayah kepada kami 4 beradik. Terutama buat adik bongsu kami yang masih bersekolah lagi.

kanser payudara, breast cancer survivor

Oktober 2012 merupakan detik paling getir apabila mak kehilangan kekasih hatinya secara mengejut. Siapalah kita sebagai hamba untuk mempersoalkan ajal dan maut. Hanya doa menjadi iringan buat ayah. HambaMu redho ya Allah…

Terkejut Doktor sahkan kanser payudara tahap 2

Semakin getir, mak diuji sekali lagi apabila disahkan kanser payudara tahap 2 seusai habis idahnya. Waktu itu, bagaikan dihempap langit runtuh apabila diberitahu ketulan dipayudara kiri mak sebesar syiling 20 sen disahkan positive sel kanser.

Al maklumlah mak memang tiada masalah kesihatan yang lain sebab itu bila disahkan kanser payudara, sangat mengejutkan kami semua. Mak kelihatan tenang menerima kebenaran itu. Namun disebalik ketenangan wajahnya tetap terselit kesedihan dan kehampaan.

Hanya Allah sahaja mengetahui apa yang dialami beliau. Hendak mengadu, hilang sudah tempat mengadu. Pada anak-anak? kekuatan perlu ditunjukkan agar tidak menyedihkan anak-anak pula. Betapa kuatnya semangatmu mak. Jagakan mak buat kami Ya Allah.

Setelah beberapa rawatan dan ujian dilakukan di beberapa hospital dan keputusan adalah tetap sama, barah payudara tahap 2. Bukan mimpi,  tapi itulah realiti yang kami perlu hadapi.

Akhirnya kami akur dengan qada dan qadar Allah, dan mak bersetuju menjalani pembedahan mastektomi (buang payudara) sepenuhnya di bahagian dada kiri beliau. Sedih hati kami melihat keadaan mak. Ya Allah kuatkan mak dalam menghadapi ujianMu.

Setelah itu, bermulalah episod yang lebih mencabar buat mak iaitu urusan selepas pembedahan. Pemakanan, luka pembedahan, aktiviti harian semua kami jaga. Syukur kerana saya seorang jururawat dan mahir dengan kerja kerja merawat pesakit.

Diperkenalkan dengan Shaklee kepada mak selepas pembedahan adalah vitamin C bagi penyembuhan luka dengan baik. Syukur Alhamdulillah elok dan cantik luka mak sembuh.

Apabila mula kemoterapi dan radiotherapy keadaan mak makin lesu. Rambut sudah mula gugur, otot dan sendi tak berapa nak kuat sehinggakan terpaksa solat duduk. Tiada nikmat Allah yang dapat didustakan.

Hingga diimasukkan ke wad kerana tidak cukup darah. Mak sungguh sungguh diuji. Ampunkan mak Ya Allah. Kami lalui itu semua hingga habis kemoterapi dan radiotherapy mak sebanyak 15 sesi.

Hari lahir mak tak silap masa tu, kami hadiahkan mak Vivix. Terharu mak. Sebab kami sayang mak,  kami nak mak sihat dan gembira.

Tak cukup dengan vivix,  selepas tu mak ikhtiar dengan mencuba full set Antioksidan. Almaklum la, imuniti rendah dan kesan dari rawatan pula buat mak lemah dan pucat. Alhamdulillah dengan produk Shaklee mak saya kuat dan mak dapat hadapinya.

Sekarang setelah 6 tahun mengamalkan set antioksidan, doktor sahkan mak bebas barah sepenuhnya. Terima kasih Allah. Sehingga sekarang mak sayang sangat-sangat pada vivixnya. Tanpa vivix mak tak happy. Doakan mak saya terus sihat ye semua…

Mak kata sharing begini ni boleh bantu orang yang senasib dengannye. Terima kasih Shaklee bawa harapan baru buat mak. – Sharifah Norizah Talib

Itu tadi kisah bagaimana seorang cancer survivor yang melalui saat getir sehingga beliau berjaya harungi semuanya dan bebas barah. Kini kak Nor Hayati menjalani kehidupan yang lebih sihat dan gembira. 6 tahun lalu, saya nampak sendiri penderitaan beliau dan kesedihan anak anak. Syukur kini hanya tinggal kenangan.

kanser payudara, norhayati tee abdullah

Gambar ini diambil 3 tahun lepas, Kak Yati terus mengamalkan Vivix dan supplemen lain. Masa Promosi beliau akan grab 7 botol vivix terus.

Bagi anda diluar sana yang ingin mencuba produk semulajadi dan berkesan ini boleh hubungi saya dengan klik button whatsapp di sebelah bawah kanan website ini. Jika ingin hubung saya terus, boleh call 019.242.3139. Insyaallah, kesihatan yang baik perlukan usaha berpanjangan.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: