15 TANDA DAN SIMPTOM PENYAKIT TIROID JENIS HIPOTIROIDISME

by azszua03 on 13 October 2018

Assalamualaikum….

Sebagaimana artikel sebelum ini, saya sudah ceritakan tentang masalah hormon tiroid yang mengganggu sistem tubuh manusia terbahagi kepada dua situasi iaitu keadaan dimana hormon tiroid berkurang (hipotiroid) dan juga keadaan apabila hormon tiroid berlebihan (hipertiroid). Hari ini saya nak cerita lebih terperinci tentang tanda tanda dan simptom penyakit tiroid jenis Hipotiroid.

simptom penyakit tiroid, simptom tiroid

Simptom Penyakit Tiroid Jenis Hipotiroid

1. Rambut menipis dan keguguran

Penghidap hipotiroid akan mengalami masalah rambut rapuh dan juga keguguran rambut yang agak kronik. Kerapuhan dan keguguran ini sangat berkait rapat dengan kekurangan hormon. Rambut akan menipis dan hampir botak jika tidak dibendung.

2. Kehilangan bulu kening

Mereka yang menghidap hipotiroid juga mengalami masalah kehilangan bulu kening sedikit demi sedikit akibat dari masalah hormon.

3. Muka sembab.

Muka sembab adalah salah satu tanda tanda yang mungkin dihidapi oleh penghidap hipotiroid. Ia juga berkaitan dengan otot yang lemah dan keletihan.

4. Kelenjar tiroid bengkak.

Sama seperti hipertiroid,  kelenjar yang sepatutnya mengeluarkan hormon T3 dan T4 penghidap hipotiroid juga mengalami keradangan dan akan membengkak hingga mengundang rasa tidak selesa kepada penghidap.

5. Kulit kering dan bersisik.

Satu lagi gejala yang biasa terjadi kepada penghidap hipotiroid ialah kekeringan pada kulit sehingga menyebabkan kulit bersisik.

6. Degupan jantung perlahan

Sebagaimana yang saya pernah katakan sebelum ini, penyakit ini mempengaruhi sistem tubuh manusia terutama sistem penghadaman dan kardiovaskular. Jantung antara yang akan mendapat kesan yang cepat apabila seseorang menghadapi masalah hipotiroid.

7. Sembelit

Satu lagi gejala yang biasa dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah hipotiroid ialah sembelit. Ini kerana pergerakan usus untuk penghadaman memerlukan fungsi dari hormon tiroid.

8. Hilang selera makan.

Apabila badan letih, tidak aktif, dan masalah sembelit mengganggu kehidupan, maka selera makan juga akan terganggu.

9. Kurang subur dan heavy menstrual

Jika seorang wanita yang mengalami masalah hipotiroid ini, antara simptom yang akan dihadapi ialah pendarahan yang banyak dan tidak normal sewaktu tempoh haid.

10. Carpal tunnel syndrom

Carpal tunnel Syndrom ialah masalah pada pergelangan dan juga tapak tangan yang menyebabkan rasa kebas, sakit dan seperti dicucuk cucuk jarum. Penghidap Hipotiroid juga mungkin mendapat simptom ini.

11. Tangan sejuk dan getaran halus

Ada juga yang mengalami simptom tangan sejuk dan “gigil” halus. Masalah ini juga tidak boleh dibiarkan berlarutan dengan mengharap ia akan sembuh sendiri. Keluarga atau penghidap itu sendiri haruslah mencari ikhtiar agar ia tidak menjadi semakin parah.

12. Kenaikan berat badan

Kenaikan berat badan juga berlaku kepada mereka yang ada masalah Hipotiroid. Ini berlaku disebabkan kukurangan hormon tiroid walaupun dikatakan anda tidak mempunyai selera makan.

13. Tidak tahan sejuk.

Berbanding orang normal, mereka yang menghidap hipotiroid mengalami masalah untuk sesuaikan diri dalam suhu sejuk. Mereka sangat sensetif dan tidak boleh bertahan jika cuaca sejuk.

14. Lemah ingatan.

Ada juga sesetengah penghidap mengalami gejala lemah daya ingatan. Terutama bagi penghidap yang lebih berusia.

15. Keletihan dan kelesuan.

Perkara paling kerap kita dengar bila berkata tentang simptom penyakit tiroid ialah keletihan dan kelesuan penghidap. Ya, ini bukan keletihan yang dibuat buat, tapi keletihan disebabkan kekurangan hormon yang menyebabkan otot menjadi lemah, emosi terganggu dan fikiran tidak menentu.

Itu tadi 15 simptom penyakit tiroid yang paling kerap dikenalpasti. itu baru hipotiroid, nantikan artikel akan datang tentang simptom Hipertiroid pula. Sila dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda tanda atau gejala seperti diatas. Hipotiroid boleh dirawat melalui pembedahan dan ubat ubatan yang bersesuaian.

Walaubagaimanapun, terdapat cara merawat tiroid yang lebih selamat dan semulajadi dengan menggunakan suplemen. Ramai yang telah mencuba dan berjaya mendapatkan hasil yang mereka inginkan. Jom tengok testimoni mereka yang dah berjaya sihat dan bebas dari belenggu ini.

 

 

 

Hubungi saya terus (019.242.3139) bagi mendapatkan keterangan lanjut dan utk saya cadangkan supplemen yang paling sesuai dengan masalah tiroid anda. Pstttt…kalau nak diskaun atau pun nak jadi member (dapat harga ahli ) jangan segan segan klik link whatsapp dibawah ni yer

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Terima Kasih

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: