15 SIMPTOM MASALAH TIROID JENIS HIPERTIROID

by azszua03 on 14 October 2018

Assalamualaikum kawan kawan…

Bersambung lagi kisah Tiroid hari ni. Kalau semalam cerita tentang simptom hipotiroid,  hari ni saya nak cerita tentang Simptom masalah Tiroid jenis Hipertiroid pula. Bagaimana masalah tiroid ini mengganggu sistem tubuh manusia.

simptom masalah tiroid

 

Simptom Masalah Tiroid jenis Hipertiroid

1. Rambut Rapuh dan gugur

Sama seperti Hipotiroid, kerapuhan dan keguguran rambut adalah salah satu simptom atau tanda tanda yang ketara bagi mereka yang menghidap hipertiroid. Sampai satu tahap rambut sudah menipis dan seperti ingin botak.

2. Mata membonjol.

Bebola mata seperti mahu terkeluar dari soket. Ia tidak berlaku secara tiba tiba tetapi perlahan lahan simptom ini akan ketara dilihat. Di tambah pula dengan simptom kehilangan berat badan bagi penghidap hipertiroid,  tentu sahaja ia tidak boleh dibiarkan.

3. Kuat berpeluh.

Mereka yang menghidap hipertiroid juga menghadapi masalah perpeluhan. Ditambah dengan kelemahan mereka tidak boleh tahan panas,  peluh akan menjadi teman setia mereka. Ini berlaku kerana peningkatan kadar metabolisma tubuh disebabkan peningkatan hormon yang dirembeskan.

4. Kelanjar tiroid membengkak.

Ini mungkin dapat dirasai sendiri oleh penghidap hipertiroid dan rasa ketidakselesaan ini biasanya membuatkan mereka mendapatkan rawatan di klinik. Tetapi, tidak semua penghidap tiroid akan mengalami bengkak pada kelejar tiroid.

5. Hati bengkak.

Hati bengkak juga antara simptom hipertiroid. Tetapi ia hanya boleh diperiksa oleh. Kebiasannya doktor tidak dapat mengesan masalah tiroid disebabkan gejala hati bengkak juga banyak merujuk kepada penyakit penyakit lain.

6. Degupan jantung laju.

Satu lagi gejala yang boleh dirasai oleh penghidap hipertiroid ialah degupan jantung laju dan kadang kala tidak sekata. ia berkait rapat dengan lebihan hormon tiroid didalam aliran darah.

7. Tangan mengigil.

Tangan mengalami sedikit menggeletar juga adalah gejala kepada hipotiroid.

8. Cirit birit, mual dan muntah.

Jika tanda tanda hipitiroid ialah sembelit, bagi mereka yang mengalami hipertiroid pula ialah cirit birit, rasa mual dan muntah. Penyakit ini sangat mempengaruhi sistem penghadaman manusia.

9. Selera makan meningkat.

Makan jer tapi tak gemuk gemuk! Ha pernah dengar camnih? salah satu tanda atau gejala hipotiroid macam inilah. Selera sangat makan, tapi badan maintain kurus. Metabolisma meningkat menyebabkan selera meningkat sekaligus.

10. Rasa gelisah.

Apabila hormon dirembeskan berlebihan oleh kelenjar tiroid, badan akan rasa tidak selesa dan suhu badan juga akan meningkat. Sesetengah dari mereka tidak dapat mengawal emosi dan rasa ingin marah.

11. Hiperaktif.

Simptom hipertiroid juga ialah hiperaktif. Tak boleh duduk diam, ada sahaja kerja yang ingin dilakukan. Jika tiada apa kerja mereka akan rasa gelisah.

12. Kurang nafsu seks dan gangguan haid.

Dalam kehidupan seks nya pula, simptom kurang nafsu syahwat adalah antara yang membimbangkan apa lagi sekiranya usia masih muda. Bagi penghidap wanita pula, akan timbul gangguan kitaran haid.

13. Tidak tahan suhu panas

Jika hipotiroid tidak tahan suhu sejuk, hipertiroid tidak tahan suhu panas. Ini kerana suhu badan mereka juga lebih tinggi dari biasa akibat dari hormon tiroid berlebihan.

14. Tinggi Gula dalam darah.

Antara tanda tanda menghidap hipertiroid juga ialah apabila bacaan gula dalam darah meningkat dan tinggi dari biasa.

15. Kehilangan berat badan.

Akhir sekali, simptom yang dapat dilihat dialah penurunan berat badan secara mendadak. walaupun si penghidap mempunyai selera makan yang baik, penyusutan berat badan tetap berlaku disebabkan kadar metabolisma yang tinggi.

Jika dilihat dari senarai tanda tanda atau simptom masalah tiroid diatas, kebanyakan simptom hipotiroid dan hipertiroid adalah seakan-akan simptom menopause. Kerana itu ramai mereka yang telah berusia lewat 40-an tidak mahu bertemu dengan doktor bagi mengenalpasti masalah sebenar mereka dengan beranggap itu simptom menopause.

Selain itu ramai juga yang tahu mereka menghadapi simptom masalah tiroid, tetapi takut sekiranya diarahkan untuk menjalani pembedahan. Tapi, mungkin tuan puan yang mengalami gejala gejala diatas boleh ikhtiar dengan mencuba menangani masalah ini menggunakan suplemen semulajadi. Saya cadangkan set hipertiroid dari shaklee untuk dicuba. Jom lihat mereka yang telah berjaya sembuh dan sihat dari masalah tiroid dengan menggunakan supplemen shaklee.

 

 

 

 

 

Hubungi saya terus (019.242.3139) bagi mendapatkan keterangan lanjut dan untuk saya cadangkan suplemen yang paling sesuai dengan masalah tiroid anda. Pstttt…kalau nak diskaun atau pun nak jadi member (dapat harga ahli ) jangan segan segan klik link whatsapp dibawah ni yer

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Terima Kasih

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: