7 JENIS MAKANAN BAGUS UNTUK HIPOTIROID AMALKAN SEHARIAN

by azszua03 on 20 October 2018

Assalamualaikum,

Jika sebelum ini saya kongsikan tentang makanan terbaik untuk pesakit hipertiroid, tak adil pula kalau tak kongsikan tentang makanan bagus untuk hipotiroid amalkan seharian kan?

makanan bagus untuk hipotiroid

Hipotiroid ialah keadaan dimana kelenjar tiroid gagal berfungsi untuk membekalkan hormoon tiroid dengan mencukupi. Keadaan ini akan mengganggu fungsi tubuh sesorang.

Simptom simptom hipotiroid antara yang perlu dikawal agar tidak memberikan risiko tinggi atau komplikasi terutama kepada ibu hamil. Penjagaan pemakanan adalah salah satu cara untuk mengawal hipotiroid selain ubat ubatan.

Makanan bagus untuk Hipotiroid

1.Makanan tinggi iodin.

Kekurangan iodin pada penghidap hipotiroid adalah masalah utama kelenjar tiroid. oleh itu, penting untuk menyeimbangkan gizi makanan agar hipotiroid dapat dikawal. Makanan tinggi iodin ini membantu membina hormon tiroid dan meningkatkan metabolisma tubuh.

Iodin tidak boleh dibina oleh tubuh badan manusia. Maka, pengambilan iodin dari pemakanan harian adalah sangat diperlukan. Sumber makanan yang membekalkan iodin ialah seperti telur, yogurt, ikan laut masin, susu soya, daging, rumpai laut, strawberi, plum dan juga kerangan.

walau bagaimanapun, makanan tinggi iodin adalah tidak sesuai sama sekali untuk penghidap hipertiroid. Lihat makanan terbaik hipertiroid disini

2. Makanan tinggi protien

Makanan sumber protien baik diperlukan bagi membina sel sel baru yang sihat pada kelenjar tiroid. Protien baik adalah dari tumbuh tumbuhan seperti soya atau dari daging ayam dan ikan. Pemilihan sumber potien dari daging lembu dikatakan tidak bersesuaian utk penghidap hipotiroid.

3. Makanan tinggi antioksidan

Penghidap hipotiroid memerlukan sumber antioksidan yang tinggi bagi menetang radikal bebas yang menyebabkan kegagalan fungsi kelenjar tiroid. Antioksidan juga berfungsi untuk meningkatkan metabolisma tubuh.

Selain itu sumber antioksidan diperlukan bagi mengurangkan keradangan pada kelenjar tiroid. Sumber makanan yang tinggi antioksidan adalah seperti anggur merah,  kurma,  kismis,  kobis unggu,  lobak ungu,  limau,  blueberry,  rasberry dan avocado.

4. Makanan mengandungi zat besi

Zat besi atau iron juga sangat penting untuk penghidap hipotiroid. Zat besi adalah pemacu kepada pembinaan sel darah merah yang berfungsi mengatur perjalanan oksigen dan mineral lain keseluruh tubuh sekaligus memperbaiki kelenjar tiroid.

sumber iron

5. Makanan mengandungi selenium dan zink

Selenium dan zink saling membantu membina hormon tiroid. Dengan meningkatkan pengambilan selenium dan zink bagi penghidap hipotiroid mampu mengurangkan komplikasi terhadap simptom hipotiroid.

Sumber makanan utk selenium dan juga zink adalah seperti biji anggur,  barli,  kekacang, cendawan, kacang brazil,

6. Makanan tinggi Omega 3

Satu lagi makanan bagus untuk hipotiroid ialah makanan tinggi Omega 3. Selain ia bagus untuk otak dan penglihatan, kehadiran omega 3 dalam diet seharian membantu meningkatkan penghasilan hormon tiroid kepada penghidap hipotiroid. Omega 3 tidak boleh dibina oleh badan manusi.

Pengambilan sumber makanan mengandungi Omega 3 yang tinggi seperti ikan dari lautan seperti salmon, kembung, tuna dan makerel. Selain itu kerang atau tiram, sayur bayam, brokoli dan juga minyak kelapa.

7. Makanan tinggi Omega 6

Selain Asid Lemak Omega 3, asid lemak omega 6 juga diperlukan untuk menambah peningkatan hormon tiroid dan menjadi makanan bagus untuk hipotiroid. Lengkapnya kehadiran omega 6 ini menjalankan fungsi metabolisma tubuh sekaligus. Antara makanan yang mengandung Omega 6 ialah kentang, kacang merah, tomato, dan bayam.

7 jenis nutrisi yang perlu ada dalam makanan harian penghidap hipotiroid sangat memainkan peranan untuk memulihkan hipotioid. Tapi, agak mustahil untuk mendapatkan nutrisi lengkap kesemua 7 diatas kerana makanan mentah dizaman ini sudah berkurang nutrisinya disebabkan galian dari tanah semakin berkurang. Proses untuk penyedian makanan dan memasak juga telah menyebabkan makanan hilang nutrisinya.

Jadi, saya amat syorkan kepada anda semua untuk mengambil supplemen sebagai menambah keperluan nutrisi anda seharian. Pilih yang selamat, semulajadi dan berkesan. Jom kita lihat mereka yang menghidap masalah tiroid berjaya mendapat kesihatan yang lebih baik selepas mengamalkan suplemen Shaklee.

KLIK UNTUK MAKLUMAT LENGKAP TENTANG SUPLEMEN TIROID

 

Rawat masalah tiroid

(klik pada gambar untuk cerita penuh)

 

hyperthyroid, hipertiroid lepas bersalin

(Klik gambar untuk cerita penuh)

 

 

 

Hubungi saya terus (019.242.3139) bagi mendapatkan keterangan lanjut dan untuk saya cadangkan suplemen yang paling sesuai dengan masalah tiroid anda. Pstttt…kalau nak diskaun atau pun nak jadi member (dapat harga ahli ) jangan segan segan klik link whatsapp dibawah ni yer

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Klik Sekarang ————–> www.wasap.my/60192423139

Terima Kasih

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: