MESTI PILIH PENGEDAR SHAKLEE BERPENGALAMAN DAN BERILMU

by azszua03 on 23 October 2018

Assalamualaikum semua…Hari ni saya nak buat artikel khas berkaitan bagaimana anda mesti pilih pengedar Shaklee yang betul. Saya faham ramai yang keliru dan juga ramai yang seperti terkapai kapai selepas belian apabila tidak ada guide dari seller.

Saya dapat ramai customer yang mengadu pernah buat belian tapi tak dapat konsultasi. Bahaya tau sebenarnya kalau tak dapat konsultasi.  Vitamin patut makan 4 biji tapi customer makan sebiji dan tak dapat kesan apa apa. Nanti disalahkan produk pula. Padahal konsultasi yang tak diberi.

pilih pengedar shaklee

10 sebab kenapa pilih pengedar shaklee seperti saya.

Saya adalah Pengedar Shaklee yang sah dan menetap di Masjid Tanah Melaka. Tetapi, pelanggan saya berada di seluruh Malaysia. Kenapa mereka pilih saya?

1. Fokus pada satu bidang sahaja.

Ya,  saya hanya fokus pada bidang kesihatan wanita sahaja terutama untuk masalah kesihatan seperti Cyst,  Fibroid,  Endometriosis,  PCOS,  Breast Lump,  dan PMS.  Ini adalah kepakaran saya.

Tapi,  bukan bermakna produk untuk masalah lain saya tak ambil tahu,  saya belajar semua.  Cuma saya lebih fokus dan lebih ilmu pada kesihatan wanita. Saya minat dan teruja untuk bantu ramai wanita diluar sana.

So kalau nak tanya masalah lain pun saya ok sahaja.  Insyaallah saya bantu dengan gembira dan sehingga anda berpuas hati.

2. Certified Product Trainer

Di Malaysia tak ramai yang menerima Sijil ni. Tak sampai 100 orang. Mereka yang ada sijil “Certified Product Trainer” ni bermakna telah melalui kursus dan juga exam penuh selama 2 hari dalam kemahiran produk Shaklee dan juga kesihatan. Alhamdulillah sayalah salah seorang darinya.  Ini sijil saya.

 

So,  anda tidak perlu ragu ragu untuk mendapatkan khidmat konsultasi dari saya. Tapi konsultasi hanya diberi PERCUMA kepada yang membeli produk dari saya sahaja ya.

3. Menghadiri Bengkel dan kursus

Selain sijil Certified Product Trainer, saya juga menghadiri Bengkel bengkel Nutrisi yang selalu diadakan oleh pihak Shaklee Malaysia. Dari situ kami dilatih untuk menyampaikan kebaikan setiap produk Shaklee dan memahami fungsi sistem tubuh.

Selain itu setiap bulan juga kami diberikan taklimat atau healthtalk juga dari Shaklee. Itu belum termasuk seminar seminar luar yang saya hadiri dari Doktor doktor pakar. Alhamdulillah Ilmu beginilah yang suka saya kongsikan dengan orang ramai diluar sana.

4. Pengalaman selama 7 tahun

Saya bermula pada tahun 2012. Dan dari mula menjadi Pengedar Shaklee sehingga kehari ini (2018) saya tak pernah berhenti belajar.  Tak pernah berhenti mengikuti kelas kelas dan seminar. Sama ada untuk bisnes atau pun untuk menambah ilmu tentang kesihatan. Saya seorang yang komited dalam bidang yang saya ceburi ini.

5. Product sentiasa Ready Stock

Ya.  Saya menyediakan produk in hand untuk mempermudahkan pelanggan pelanggan berhampiran khususnya di Melaka. Saya juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke seluruh Malaysia.  Jika ada permintaan dari negara jiran juga saya akan uruskan seperti dari Singapore,  dari Brunei ataupun dari Indonesia.

6. Service cepat dan pantas.

Insyaallah jika anda hubungi saya melalui call atau whatsapp,  saya akan balas secepat mungkin kecuali waktu solat dan juga waktu tidur.

7. Penghantaran segera

Begitu juga penghantaran, saya buat pengeposan setiap hari kecuali semasa currier service tutup. Kebiasaannya barang akan sampai keesokannya di pintu rumah anda (jika bayaran dibuat awal).

8. Before & After Sales Service

Apabila anda pilih pengedar Shaklee, inilah perkara terpenting yang perlu anda ambil kira. Bagaimana seorang pengedar Shaklee memberi konsultasi sebelum dan selepas pembelian. Kebanyakannya hanya sebelum sales tapi selepas sales pelanggan tidak diberikan konsultasi.

9. Sentiasa boleh dihubungi.

Insyaallah saya  sentiasa boleh dihubungi dari pelbagai channel.

FB messenger : NoorAzmiah Mohamad

Whatsapp : www.wasap.my/60192423139

Call : 019-2423139

Selain itu anda jua dijemput untuk LIKE page Inspirasi Mia dan ikuti penyampaian penyampaian tips dan sedikit ilmu dari apa yang saya pelajari sama ada melalui entry blog, atau segmen LIVE saya setiap Rabu.

 

10. Team GMF

Saya adalah Founder kepada Group Bisnes Shaklee Team GMF. Jadi, anda boleh dapatkan direct coaching dan juga mentoring dari saya sekiranya anda komited untuk menambah pendapatan melalui bisnes Shaklee.

Jika anda ingin mendapatkan pengedar lain di kawasan anda Team GMF berada hampir disemua negeri di Malaysia. Jangan bimbang ya.

So, dah tahu kenapa kena pilih pengedar Shaklee yang betul dan kenapa saya adalah pilihan anda? Syukur kerana anda akan dapat perkhidmatan yang berbaloi dengan harga produkyang anda beli.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: