PENYAKIT HATI BERLEMAK ATAU FATTY LIVER APA MAKSUDNYA?

by azszua03 on 25 October 2018

Asslamualaikum semua….

Hari ini saya nak menulis tentang salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh rakyat Malaysia iaitu Penyakit Hati Berlemak. Tak perlu tengok orang lain, suami saya sendiri pernah mengalami masalah hati berlemak (bacaan ALT tinggi) semasa beliau didiagnosis masalah kolesterol tinggi dulu.

Alhamdulillah sebulan selepas disahkan itu, beliau bebas dari masalah ini dan bacaan hati (Alt) suami saya turun hampir separuh dan hampir pada bacaan normal. Makan apa? nanti saya ceritakan secara terperinci.

penyakit hati berlemak, fatty liver

Apa maksud Penyakit hati berlemak atau fatty liver?

Hati berlemak atau fatty liver adalah salah satu dari jenis masalah hati. Ia berlainan dari masalah hepattis A, hepatitis B dan juga hepatitis C. Walaupun ia bukan sejenis penyakit, ia menunjukkan bahawa seseorang yang mengalaminya mempunyai masalah kesihatan.

Salah satu fungsi hati ialah menukar lemak (trigliserid) yang datang dari makanan untuk menjadi lemak yang disimpan oleh tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel sel baru. Tetapi bagi kes hati berlemak atau fatty liver ini, jumlah sel sel lemak terutamanya trigliserid berkumpul dalam sel sel hati.

Fatty liver ini terjadi disebabkan kadar penyerapan lemak yang terlalu tinggi tetapi hati tidak dapat berfungsi dengan sempurna untuk menukarkan lemak tersebut. Kadar penyerapan lemak yang tinggi ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti pengambilan minuman beralkohol, diabetes, dan obesiti.

Masalah ini tidak menyebabkan rasa sakit kepada penghidap dan sering tidak disedari sehingga penghidap mendapat komplikasi dari simptom simptom penyakit hati berlemak. Kebiasaannya kes kes begini apabila dilakukan pemeriksaan, saiz organ hati telah meningkat dari saiz normal. Berat organ hati juga akan bertambah. Jangan tunggu hingga berlaku simptom yang lebih kronik untuk mendapatkan rawatan.

Adakah Masalah Hati Berlemak ini Merbahaya?

Ya, pastinya jika tidak dikesan awal dan tidak dirawat akan merbahayakan nyawa pesakit. Tahap paling kronik ialah apabila masalah hati berlemak menjadi cirrhosis yang menyebabkan hati mengecut dan mengeras. Apabila keadaan ini berlaku, hanya pemindahan hati sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa.

Pemindahan hati pastinya tidak semudah yang kita jangkakan. Di Malaysia masih jauh kesedaran tentang pendermaan organ dan untuk mendapatkannya setakat ini hanya melalui organ mereka yang sudah meninggal dunia. Itu belum cerita tentang sesuai atau tidak antara penderma dan penerima.

Jadi, jika boleh, amalkan pemakanan dan amalan hidup sihat bagi mengelakkan terjadinya penyakit hati berlemak ini. Jika simptom baru dikesan, segaralah mendapatkan rawatan sebelum ia semakin parah. Pencegahan dan rawatan awal mampu menyembuhkan masalah ini.

Ingin mendapatkan suplemen yang semulajadi, berkesan dan selamat sebagaimana suami saya tangani masalah fatty liver dan kolesterol tinggi beliau? Boleh hubungi saya di 019-2423139 (Azmiah) untuk cadangan supplemen yang terbaik untuk anda.

pilih pengedar shaklee

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: