7 TANDA TANDA HATI BERLEMAK ATAU SIMPTOM FATTY LIVER

by azszua03 on 26 October 2018

Assalamualaikum semua…

Sudah habis baca artikel saya tentang Penyakit hati dan Hati Berlemak? Jika sudah, terima kasih kerana meneruskan pembacaan anda hingga ke artikel ini. Kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang Tanda tanda hati berlemak atau simptom fatty liver yang perlu kita semua ketahui.

tanda tanda hati berlemak

Semasa suami saya mengalami masalah hati berlemak ini, saya perasan kebanyakan dari simptom ini memang beliau hadapi. Apa yang pasti kerana tidak tahan dengan simptom inilah beliau pergi membuat pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran. tu yang dpt bacan kolesterol 13 dan ALT 100 tu. Wow sangat kan?😜

Simptom dan tanda tanda hati berlemak permulaan

1. Letih dan lesu

Tanda tanda hati berlemak yang paling kerap menyerang golongan ini ialah keletihan yang melampau. Tak terkecuali suami saya suatu masa dulu. Badan terasa berat dan lesu. Tak bersemangat nak melakukan apa apa aktiviti dan hanya rasa ingin tidur sahaja. Kalau tidur, memang sukar untuk kejutkan beliau.

Kalau tak sabar memang rasa nak marah sahaja bila tengok perilaku suami. Ingatkan sengaja nak bermalas malasan, rupanya itu adalah simptom hati berlemak yang paling ketara.

2. Sakit sakit badan terutama bahagian atas abdomen

Simptom fatty liver yang satu inilah yang kuat untuk saya paksa suami segera ke klinik. Suami pun rasa tidak tahan menanggung rasa sakit sakit badan dan keletihan. simptom ini dirasai terutama selepas bangun dari tidur. Bahagian rusuk kanan rasa tidak selesa mungkin disebabkan pembengkakan hati.

3. Demam.

Tanda tanda hati berlemak diatas, keletihan dan sakit sakit badan boleh menyebabkan pesakit mengalami demam juga. Kadangkala rasa seperti hendak demam.

4. Bengkak kaki

Bengkak kaki adalah salah satu simptom hati berlemak. Apabila fungsi hati semakin berkurang, pengumpulan cecair mula terjadi.

5. Jaundis

Boleh dilihat pada warna kulit dan bebola mata. ini menunjukkan bahawa fungsi hati mempunyai masalah.

6. Hiperpigmentasi

Pigmentasi juga boleh wujud jika masalah hati berlemak dihidapi seseorang pada jangkamasa yang lama. ini kerana hati tidak dapat menapis kehadiran toksik dalam darah. Walaupun tidak semua mengalami pigmentasi sebagai tanda tanda hati berlemak, berhati hati dengan kewujudan simptom ini.

7. Salur darah jelas pada kulit

Secerah mana pun kulit anda, salur darah tidak akan kelihatan dengan jelas, kecuali anda mempunyai masalah hati berlemak. So, cuba periksa kalau kalau anda mengalami simptom seperti ini.

Itu tadi 7 simptom yang boleh diperhatikan dan dikesan sekiranya anda mula mendapat penyakit hati berlemak. Ini simptom atau tanda tanda permulaan tau. Nanti saya beritahu pula tanda tanda bila masalah hati berlemak sudah menjadi kronik.

Jadi, amalkan pemakanan sihat dan amalan hidup sihat bagi mengelakkan terjadinya penyakit hati berlemak ini. Jauhi makanan yang perlu dielakkan. Jika simptom baru dikesan, segaralah mendapatkan rawatan sebelum simptom semakin parah. Pencegahan dan rawatan awal mampu menyembuhkan masalah ini.

Ingin mendapatkan suplemen yang semulajadi, berkesan dan selamat sebagaimana suami saya tangani masalah fatty liver dan kolesterol tinggi beliau? Boleh hubungi saya di 019-2423139 (Azmiah) untuk cadangan supplemen yang terbaik untuk anda.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: