7 SIMPTOM HATI BERLEMAK TAHAP KRONIK YANG PERLU RAWATAN SEGERA

by azszua03 on 27 October 2018

Assalamualaikum semua…

Nak sambung entry semalam, kalau semalam saya kongsikan simptom simptom permulaan terjadinya penyakit hati berlemak atau fatty liver, hari ni saya nak kongsikan simptom hati berlemak tahap kronik pula. semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada orang ramai.

Jika simptom awal dikesan tapi tidak diendahkan, lama kelamaan komplikasi akan menjadi lebih buruk. Dari hati berlemak steatosis menjadi fibrosis dan boleh berlarutan hingga Cirrhosis. Makin lama makin sukar untuk dirawat.

simptom hati berlemak

Jom saya kongsikan pula simptom hati berlemak apa bila keadaan hati sudah menjadi semakin parah atau akut. Jika ada antara anda yang mengalami masalah seperti ini, segeralah kehospital untuk mendapatkan rawatan.

7 Simptom hati berlemak kronik

1. Hilang selera makan

Apabila keadaan badan keletihan dan sakit sakit, seterusnya penghidap akan mengalami hilang selera makan. Ini menandakan masalah hati berlemak sudah berada pada tahap kronik.

2. Kulit menjadi kehitaman

Apabila hati sudah tidah boleh berfungsi dengan sempurna, toksik tidak boleh ditapis lagi,  maka kesannya akan dilihat pada kulit. Kulit akan menjadi kehitaman dan kusam. Kemungkin juga akan mengalami kegatalan.

3. Cenderung berdarah

Sesetengah penghidap cenderung mengalami pendarahan seperti hidung berdarah.  Simptom hati berlemak sudah kritikal dan perlukan rawatan segera jika mengalami pendarahan seperti ini.

4. Muntah darah

Selain itu kemungkin juga akan mendapat simptom muntah darah. Sistem tubuh sudah tidak dapat membendung  kegagalan fungsi hati.

5. Kekeliruan dan pertuturan lambat

Oleh kerana perjalanan darah yang melalui setiap genap tubuh termasuk kebahagian otak membawa darah yang tidak disihat dan tidak bernutrien,  makan otak juga mula akan mendapat kesannya.  Pertuturan akan menjadi tidak lancar dan fikiran menjadi celaru.

6. Kegagalan darah membeku

Sebagaimana yang saya katakan tadi,  apabila darah tidak”bersih” dan tidak mempunyai nutrien yang sepatutnya, platelet darah akan terganggu. Darah akan tidak berfungsi dengan normal sehingga gagal untuk membeku pada situasi sepatutnya ia membeku.

7. Kegagalan buah pinggang

Komplikasi hati berlemak yang paling kronik apabila melibatkan kegagalan buah pinggang.  Oleh kerana aliran darah dan juga aliran cecair dalam badan yang tidak sempurna,  buah pinggang akan menanggung bebanan sehingga boleh menyebabkan kerosakan. Pengumpulan cecair pada abdomen adalah tanda tanda awalnya.

Apabila 7 simptom dan komplikasi  diatas sudah dilihat pada penghidap hati berlemak kronik,  rawatan hanya boleh dilakukan dihospital dengan kepakaran doktor. Sila rujuk doktor anda dengan segera untuk menyelamatkan nyawa.

Nasihat saya, amalkan pemakanan sihat dan amalan hidup sihat bagi mengelakkan terjadinya penyakit hati berlemak ini. Jika simptom baru dikesan, segaralah mendapatkan rawatan sebelum ia semakin parah. Jaga pemakanan apa yang boleh diambil dan apa makanan yang perlu dielakkan. Pencegahan dan rawatan awal mampu menyembuhkan penyakit hati ini.

Ingin mendapatkan suplemen yang semulajadi, berkesan dan selamat sebagaimana suami saya tangani masalah fatty liver dan kolesterol tinggi beliau? Boleh hubungi saya di 019-2423139 (Azmiah) untuk cadangan supplemen yang terbaik untuk anda.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: