ELAK MAKAN JIKA HATI BERLEMAK 5 MAKANAN INI – FATTY LIVER

by azszua03 on 28 October 2018

Assalamualaikum….

Bila dah ada penyakit hati, dah tak sihat, maka makanan perlu dikawal. Apa nak elak makan jika hati berlemak? Dari makanan kita boleh dapat nutrisi. Dari makanan juga kita boleh dapat penyakit. Betulkan walau ramai cuba menafikan bahawa apa yang kita makan itulah yang kita dapat sekarang.

Jadi, hari ni saya nak kongsikan 5 makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap fatty liver dan sebaiknya dikurangkan pengambilan bagi kita semua dalam pemakanan seharian walaupun belum didiagnos mengalami penyakit hati berlemak. Jika terdapat simptom simptom awal, anda juga dinasihati terus mengawal ketat pemakanan harian. Mencegah kan lebih baik dari mengubati.

elak makan jika hati berlemak

 

5 Jenis Maknanan Yang Perlu Elak Makan Jika Hati Berlemak

1. Makanan yang mengandungi lemak tepu

Butter, keju, produk tenusu, makan frozen mengandungi lemak tepu yang tinggi. Makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi menyebabkan bebanan untuk hati dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul pada hati.

Sebaiknya kawal lemak dengan mengira kandungan lemak yang diambil setiap hari melalui makanan. Bukan untuk berhenti mengambil lemak, tetapi ambil dalam kuantiti yang minima sahaja. Lebihkan pengambilan asid lemak Omega 3 untuk menurunkan paras lemak dihati.

2. Minuman Beralkohol dan berkarbonat

Selain itu, penghidap hati berlemak dinasihatkan agar elak minum alkolol dan air soda. Alkohol menyebabkan keradangan dihati dan tisu berparut. Jumlah pengambilan alkohol yang kerap dan sederhana sudah cukup untuk merosakkan sel sel hati anda.

3. Makanan tinggi index glesimik

Makanan yang tinggi index glesimk (70 keatas) menyebabkan paras gula dalam darah meningkat secara mendadak. keadaan ini tidak bagus untuk mereka yang menghidapi masalah hati berlemak.

Sebaliknya makanan yang rendah index glesimik (55 kebawah) adalah sangat digalakkan bagi mereka yang menghidap fatty liver kerana makanan rendah glesimik mampu mengurangkan paras gula dalam darah sekaligus merawat penyakit ini.

4. Makanan tinggi protien

Bagi penghidap hati berlemak atau fatty liver disarankan untuk tidak mengambil makan jenis berdaging dan yang tinggi protien bagi mengelakkan beban pada hati. Apabila hati tidak berfungsi dengan sempurna kehadiran protien akan menyebabkan pembentukan ammonia didalam badan.

Ammonia adalah sejenis toksik dan boleh menyebabkan bebanan terhadap buah pinggang. Antara makanna yang tinggi protien ialah daging merah, ayam, produk tenusu, kekacang dan bijirin.

5. Makanan dalam tin

Selain itu, makanan yang perlu elak makan jika hati berlemak ialah makanan di dalam tin yang biasa kita dapati dipasaraya. Makanan didalam tin adalah tinggi bahan kimia dan pengawet. ia juga mengandungi logam berat yang boleh merosak dan membebankan fungsi hati.

Itulah 5 makanan yang perlu elak makan jika hati berlemak atau disahkan menghidap fatty liver. makanan makanan ini boleh memburukkan lagi situasi anda. Anda disarankan untuk mengambil makanan yang membantu proses pemulihan hati anda. Saya akan kongsikan di artikel akan datang 7 makanan yang membantu pemulihan hati berlemak.

Jadi, amalkan pemakanan dan amalan hidup sihat bagi mengelakkan terjadinya penyakit hati berlemak yang lebih kronik. Jika mendapat simptom yang lebih kronik, segeralah ke hospital mendapatkan rawatan. Pencegahan dan rawatan awal mampu menyembuhkan masalah ini.

Ingin mendapatkan suplemen yang semulajadi, berkesan dan selamat sebagaimana suami saya tangani masalah fatty liver dan kolesterol tinggi beliau? Boleh hubungi saya di 019-2423139 (Azmiah) untuk cadangan supplemen yang terbaik untuk anda.

 

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: