3 MAKANAN BAIK UNTUK HATI BERLEMAK BAGI MENGURANGKAN GEJALA

by azszua03 on 1 November 2018

Assalamualaikum semua…

Hari ini syaa ingin kongsikan 3 jenis makanan baik untuk hati yang perlu diamalkan oleh setiap dari kita terutamanya mereka yang telah disahkan mempunyai masalah hati berlemak. Makanan yang baik boleh merendahkan tahap masalah hati anda.

Sebenarnya ada banyak jenis makanan, tetapi saya kongsikan hanya 3 makanan yang paling mudah ditemui dan sebab sebab kenapa makan ini paling tinggi khasiat untuk hati kita.

 

makanan baik untuk hati

 

3 MAKANAN BAIK UNTUK HATI BERLEMAK

1. Teh Hijau

Dengan minum teh hijau setiap pagi mampu mendetox tubuh anda setiap hari. teh hijau meningkat paras hidrasi tubuh dan menyingkirkan toksin serta lemak yang tersimpan dihati.

Minuman berkhasiat ini juga melindungi hati dari kerosakan akibat toksix terutama disebabkan alkohol. Teh hijau juga digunakan untuk merawat dan menjaga kesihatan hati bagi mereka yang mempunyai penyakit hati.

Menurut satu kajian berkaitan kanser pada tahun 2009, menyatakan mereka yang minum teh hijau mempunyai risiko kanser yang rendah berbanding yang lain.

Minum 2 hingga 3 cawan teh hijau sehari, jika mahu boleh ditambah sedikit madu untuk kesihatan yang lebih baik.

2. Bawang putih

Bawang putih adalah makanan baik untuk hati terutama bagi mereka yang mengalami masalah hati berlemak. Garlic atau bawang putih membantu mengaktifkan enzim di hati untuk berfungsi menyingkirkan toksin.

Bawang putih juga mengandungi dua bahan semulajadi didalamnya yang sangat berguna untuk proses detox hati iaitu allicin dan selenium. Bahan ni juga melindung hati dari kerosakkan akibat toksid. Selain itu bawang putih juga bagus untuk menrendahkan paras kolesterol dalam darah.

Untuk hasil yang terbaik, makan bawang putih mentah berbanding yang telah diproses menjadi serbuk atau yang telah dimasak. Paling mudah amalkan garlic supplemen yang semulajadi.

3. Grapefruit dan lemon

Selain sebagai sumber Vitamin C yang terbaik, Grapefruit juga mengandungi pectin dan ia juga mengandungi glutathione iaitu antioksidan yang bertindak meneutralkan radikal bebas bagi proses mendetoksifikasi hati. Glutathione juga bagus untuk proses menyingkirkan logam berat.

Flavornoid dari grapefruit dan lemon juga membantu untuk menguraikan lemak dihati.

Setiap hari minum perahan grapefruit atau lemon segar dalam kuantiti secawan kecil sahaja. Tetapi, jika anda makan ubat ubatan, dapatkan konsultasi doktor anda kerana makanan ini boleh bertindak balas dengan beberapa jenis dadah (dalam ubat).

Itu tadi 3 jenis makanan baik untuk hati yang perlu kita amalkan setiap hari untuk mengelakkan masalah hati dan juga merawat hati berlemak. Selain dari 3 jenis makanan tersebut, amalkan juga beberapa makanan lain yang bagus untuk hati seperti minyak ikan, avocado, minyak zaitun, kacang walnut, ubi bit, brokoli,  dan lain lain lagi. Semoga artikel ini bermanfaat buat kita semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: