RAWATAN PENYAKIT HATI BERLEMAK ATAU FATTY LIVER

by azszua03 on 2 November 2018

Assalamualaikum…

Saya teruskan lagi topik hati berlemak dengan fokus kepada rawatan penyakit hati berlemak pula. Hati berlemak sebenarnya bukanlah sejenis penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Tetapi ia sejenis masalah kesihatan yang berpunca dari cara hidup seseorang individu.

Masalah hati berlemak ini biasanya tidak disedari oleh individu terbabit kerana ia tidak sakit. Walau bagaimanapun, Fatty liver atau hati berlemak ini boleh menjadi semakin serius hingga menyebabkan keradangan hati, fibrosis dan sirosis jika tidak dirawat.

rawatan penyakit hati berlemak

Rawatan Penyakit Hati Berlemak yang semua perlu tahu.

Apabila mendapat simptom, biasanya penghidap akan membuat permeriksaan kesihatan bagi mengetahui punca atau apa masalah sebenar terjadinya sesuatu simptom. Waktu ini kemungkinan masalah hati berlemak sudah semakin terus dan mengalami keradangan.

Sebenarnya tiada rawatan khusus untuk masalah hati berlemak. Penghidap perlu mengubah cara hidup mengikut kecenderungan masing masing. sebagai contoh, mereka yang suka minum minuman keras perlu mengurangkan atau berhenti terus minum alkohol. Mereka yang mempunyai diatebes perlu kawal kadar gula dalam darah sebaik mungkin dan yang paling penting ialah penjagaan pemakanan harian masing masing.

Terdapat makanan yang baik untuk hati kita. Ia seharusnya diamalkan setiap hari bagi individu dewasa sebagai langkah pencegahan mahupun sebagai rawatan untuk mengurangkan toksin dan hati berlemak.

Selain itu, amalan senaman juga perlu dilakukan secara konsistan bagi meningkatkan kesihatan kita. Pergerakan melalui senaman membantu hati lebih aktif mengeluarkan ezim untuk menyahtoksin. Jadi, bersenamlah sekurang kurangnya 3 atau 4 kali seminggu selama 30 minit.

Jika anda tidak melakukan perubahan cara hidup dan hanya membiarkan sahaja dengan tidak membuat sebarang rawatan penyakit hati berlemak ini, hati anda boleh mengalami sirosis. Keadaan dimana organ penting ini mengalami keradangan dan kerosakan sehingga gagal berfungsi dengan baik.

Kerosakan atau kegagalan hati berfungsi rawatan terakhir hanyalah melalui pemindahan organ. Tapi ia tidak semudah pembedahan lain memandangkan jumlah penderma organ di Malaysia masih terlalu sedikit.

Rawatan penyakit hati berlemak dengan Supplemen.

Salah satu ikhtiar terbaik yang boleh dibuat bagi mencegah dan juga mengurangkan fatty liver ialah dengan mengamalkan suplemen dan melalui cara hidup yang sihat. Inilah yang dilakukan oleh suami saya sewaktu didiagnos bacaan ALT (bacaan untuk hati berlemak) beliau lebih 100 sedangkan bacaan normal seharusnya bawah dari 40.

Inilah supplemen yang harus diamalkan bagi mencegah dan mengurangkan lemak yang tersimpan dihati disamping boleh mengurangkan kolesterol dalam darah.

Makanan tambahan atau suplemen seperti diatas adalah nutrisi semulajadi yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Sememangnya ia boleh didapati dari sumber makanan seperti sayur sayuran dan buah buahan, tetapi nutrisi dari makanan harian kita sekarang semakin menyusut dicampur pula dengan kehadiran racun serangga dan peticide yang pasti merbahayakan kesihatan.

Satu perkara lagi, walaupun kita mengambil jumlah sayuran yang banyak sekarang, ia tidak sama kandungan nutrisinya seperti 20 atau 30 tahun lepas yang mana ketika itu mineral dari tanah masih banyak dan kurangnya pencemaran air dan udara. Sekarang? faham faham la tuan puan.

Jadi, saya amat syorkan pengambilan vitamin dan mineral semulajadi seperti set Masalah hati ini untuk kesihatan tubuh dan mengurangkan risiko penyakit kronik. Makan supplemen dengan konsistan pasti anda akan rasa perbezaannya. Nak order boleh klik Tempahan online dibawah atau direct whatsapp saya.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: