SIMPTOM HEPATITIS B DAN BAGAIMANA BOLEH DIJANGKITI

by azszua03 on 6 November 2018

Assalamualaikum w.b.t

Jika anda sudah maklum betapa bahayanya penyakit hati Hepatitis B ini, hari ni saya nak kongsikan pula dengan anda semua tentang simptom simptom hepatitis B yang boleh kita kenali dan bagaimana penyakit ini merebak atau menjangkiti individu lain.

simptom hepatitis b

Jangkitan virus Hepatitis B tidak seperti Hepatitis A, penyakit jenis ini boleh menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirosis hati. Sirosis adalah tahap kronik yang menyebabkan hati gagal berfungsi. hepatitis BĀ adalah penyakit hati terbanyak di Malaysia.

Di Malaysia, kebanyakan yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam kandungan ibu hamil yang menghidap hepatitis B atau dijangkiti sewaktu kecil lagi. Ini menyebabkan mereka berisiko tinggi untuk menjadi penyakit hati yang kronik.

Simptom simptom Hepatitis B yang biasa terjadi :

1. Merasa tubuh sangat letih

Simptom paling biasa dikesan penderita hepatitis B ialah keletihan melampau. ini disebabkan terlalu banyak toksin dalam aliran darah dan tubuh penghidap.

2. Tiada selera makan

Simptom hepatitis B yang ini juga sering didiangnosis pada penghidap hepatitis B. Jika berpanjangan simptom ini bole meyebabkan komplikasi yang lebh kronik dan penurunan berat badan mendadak

3. Loya dan Muntah

Loya dan muntah disebabkan oleh tiada selera makan dan boleh menyebabkan perut berangin. Makanan bernutrisi tinggi sangat diperlukan ketika ini.

4. Air Kencing berubah warna seperti warna air teh

salah sau simptom yang boleh dilihat dari mata kasar ialah warna air kencing. jika warna air kencing seperti air teh, kemungkinan tinggi anda dijangkiti virus hepatitis B

5. Sakit pada abdomen

Rasa sakit pada bahagian abdomen atau bawah tulang rusuk adalah simptom hepatitis B juga, apaila hati djangkiti virus, ia akan mengalami kerdangan dan menjadi bengkak hati.

6. Warna kuning pada mata dan kulit

Simptom yang paling mudah dikesan tetapi tidak semestinya ada simptom ini baru anda dikatakan dijangkiti virus hepatitis B, ada individu yang tidak mengalami simptom seperti ini tapi disahkan positif hepatitis B.

7. Warna najis bertukar kelabu atau warna tanah liat

Apabila hati tidak mampu berfungsi dengan sempurna, sistem perkhumuhan juga akan terganggu, makan bahan kumuhan juga akan menunjukkan perubahan.

Simptom-simptom hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti. Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun, setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya.

Bagaimana Hepatitis B menjangkiti individu?

Untuk Makluman, Hepatitis B tidak menjangkiti individu lain melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa. Jadi ngan khuatir untuk berkawan atau bersama dengan mereka yang telah dijangkiti Hepatitis B.

Penyakit ini boleh merebak hanya dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Jadi, risiko dijangkiti penyakit hati ini hanya dikalangan mereka yang tertentu sahaja.

Maka kawan kawan, sekiranya anda mengesyaki memilili simptom simptom hepatitis B seperti diatas, segeralah berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan khidmat nasihat. Rawatan awal menyelamatkan anda.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: