SIAPA BERISIKO DIJANGKITI HEPATITIS B? APA TINDAKAN JIKA DIJANGKITI?

by azszua03 on 7 November 2018

Assalamualaikum semua

Saya sambung lagi topik hepatitis B dan harap semua dah baca entry tentang simptom hepatitis B ya. Hari ni saya nak kongsikan tentang Siapa yang berisiko dijangkiti Hepatitis B dan apa nak buat jika dijangkiti? Penting untuk tahu siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat hepatitis B kerana langkah langkah pencegahan boleh dibuat bagi mengelakkan jangkitan.

dijangkiti hepatitis b

Ingat ya, penyakit hati ini boleh membawa maut jika tidak dikawal dan dirawat.

 

7 Golongan yang berisiko tinggi dijangkiti hepatitis B

1. Pasangan Seks dan ahli keluarga.

Golongan pertama yang pastinya berisiko tinggi dijangkiti hepatitis B pastinya pasangan seks atau biasanya suami atau isteri dan juga anak anak. Walaupun banyak aktiviti bersama yang tidak menjadikan hepatitis B ini dijangkiti, tetapi, golongan ini palng tersedah dengan risiko.

2. Penghuni serumah.

Duduk sebumbung dengan mereka yang dijangkiti hepatitis B juga meningkatkan risikon dijangkiti.

3. Bayi yang dikandung ibu dijangkiti.

Kebanyakan bayi yang disahkan menghidap hepatitis B adalah bayi yang dikandung dan dilahirkan oleh seorang ibu yang juga penghidap hepatitis B.

4. Anggota kesihatan.

Satu lagi golongan yang paling berisiko tinggi dijangkiti hepatitis B ialah mereka yang selalu menguruskan pesakit hepatitis B. Anggota kesihatan yang ditugasakan mengambil darah pesakit dan menguruskan pesakit seharusnya mengambil langkah berjaga jaga.

5. Penerima darah sebelum tahun 1972.

Sebelum tahun 1972, tiada ujian darah untuk hepatitis B dilakukan terhadap penderma darah ketika itu. walaubagaimanapun,  The National Blood Transfusion Services Centre Malaysia mula melakukan ujian hepatitis B selepas tahun 1972. Meraka yang menerima bekalan darah sebelum itu berisiko tinggi dijangkiti.

6. Mereka yang banyak pasangan seks.

Pengamal seks rambang juga adalah sangat berisiko dijangkiti hepatitis B, malahan juga risiko dijangkiti HIV. Bukan sahaja “membuka peluang” dijangkiti tetapi juga akan menyebarkannya.

7. Penagih dadah.

Akhir sekali golongan yang berisiko dijangkiti ialah penagih dadah yang bertukar-tukar jarum suntikan,

 

Apa perlu dilakukan sekiranya dijangkiti Hepatitis B?

Pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah terus berjumpa dengan doktor anda. Lakukan pemeriksaan dan saringan melalui ujian darah.

Langkah seterusnya perlu memberitahu pasangan dan ahli keluarga bahawa anda dijangkiti hepatitis B dan langkah langkah pencegahan perlu diambil oleh ahli keluarga yang lain. Mereka juga dinasihatkan agar menjalani ujian saringan dan mendapatkan vaksin.

Jauhi perkongsian barangan peribadi seperti ketip kuku, pisau cukur, gunting, berus gigi dan jarum suntikan bagi mencegah jangkitan.

Perubahan gaya hidup dan corak pemakanan juga perlu dilakukan serta merta. Jika anda seorang peminum minuman beralkohol hentikan segara dan jauhi juga minuman berkarbonat.

Hentikan juga amalan bertukar tukar pasangan seks agar jangkitan tidak terus berleluasa. Amalkan hubungan seks yang selamat seperti dengan menggunakan kondom bagi menjegah jangkitan.

Itu tadi sedikit perkongsian tentang jangkitan hepatitis B dan tindakan yang perlu diambil sekiranya dijangkiti yang boleh sama-sama kita jadikan panduan.

 

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: