SIMPTOM HEPATITIS A DAN SIAPA YANG PALING BERISIKO?

by azszua03 on 8 November 2018

Assalamualaikum….

Jika sebelum ini saya berkongsi tentang Hepatitis B, hari ini saya nak kongsikan pula simptom simptom hepatitis A.  Hepatitis A adalah jangkitan dari Virus Hepatitis jenis A. Kebiasaannya hepatitis A tidak membawa kepada penyakit hati yang kronik seperti hepatitis B dan C.

simptom hepatitis A

Seseorang individu yang mendapat Hepatitis A adalah berpunca dari memakan makanan atau minuman dicemari oleh virus hepatitis A. Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang yang telah dijangkiti peyakit ini .

Tanda tanda atau simptom Hepatitis A.

1. Lemah dan lesu

2. Tiada selera makan

3. Loya dan muntah

4. Cirit birit

5. Air kencing warna gelap

6. Kekuning pada mata dan kulit.

Simptom hepatitis A biasanya mula muncul pada hari ke15 hingga ke 45 selepas dijangkiti. Pesakit yang dijangkiti akan mengalami tanda-tanda seperti cirit-birit dan demam. Walau bagaimanapun ada setengah-tengah kes, hanya mempunyai tanda-tanda ringan atau tiada tanda-tanda lansung.

Simptom hepatitis A lebih kepada individu yang umurnya lebih tua . Simptom-simptom yang lebih teruk dan radang hati memerlukan pengjagaan dan rawatan hospital. Biasanya akan baik dalam 6 bulan dan tidak menjadi penyakit hati yang kronik.

 

Siapakah yang mempunyai risiko dijangkiti hepatitis A ?

  • Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan diri.
  • Ahli keluarga yang tinggal serumah.
  • Hubungan seks dengan individu yang dijangkiti.
  • Hubungan seks sesama lelaki.

 

Apakah tindakan yang patut dibuat sekiranya ada simptom hepatitis A?

Jikalau anda syak, dijangkiti, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah berjumpa dengan doktor. Doktor akan menilai dan memeriksa anda. Doktor akan membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A.

Selepas pemeriksaan dan saringan, jika organ hati anda tidak berfungsi dengan baik, anda perlu dimasukkan ke hospital. Kebanyakan pesakit memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahaja. Jadi jangan terlalu risau.

Risaulah jika anda tidak mahu bertemu dengan doktor dan membuat pemeriksaan kerana Hepatitis A yang teruk mempunyai kemungkinan membawa maut. Biasanya penyakit ini tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.

Perkara kedua yang perlu dilakukan ialah melindungilah keluarga dan orang yang tersayang. Penjagaan kebersihan diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan sanitasi boleh mencegah jangkitan. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum makan atau menyediakan makanan.

 

Perkara ketiga yang boleh diambil berat ialah dengan mencegah melalui vaksin. Terdapat vaksin untuk Hepatitis A untuk pencegahan dalam jangka masa panjang.

Itu tadi sedikit sebanyak perkongsian saya mengenai hepatitis A. Semoga sama sama kita mendapat manfaat dan juga sama sama menjaga kesihatan diri.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: