APA ITU HEPATITIS C ATAU HVC? BAGAIMANA IA BERJANGKIT?

by azszua03 on 9 November 2018

Asslamualaikum….

Saya sambung lagi pasal hepatitis, tapi hari ni nak share tentang hepatitis C…. Apa itu hepatitis C dan bahayakah penyakit ni? Di Malaysia, terdapat kira-kira 380,000 orang menghidap hepatitis C (HCV).

Malangnya, majoriti daripada penghidap ini tidak sedar mereka sudah dijangkiti dan berisiko menyebarkan virus kepada orang lain disekeliling mereka.

apa itu hepatitis c

Walaupun hepatitis C tidak menunjukkan sebarang gejala, namun lebih dari 451,000 rakyat Malaysia dianggarkan berkemungkinan dijangkiti hepatitis C (HCV). Sangat ramai kan?

Apa itu Hepatitis C?

Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada wanita mendapat virus hepatitis C (HCV) daripada prosedur pemindahan darah yang biasanya dibuat selepas bersalin. Hepatitis C yang bermaksud radang hati yang terjadi disebabkan virus hepatitis C yang disebarkan melalui darah.

Ini bermaksud, jangkitan boleh berlaku ketika pemindahan darah daripada penghidap kepada penerima. Kebanyakan orang yang dijangkiti HCV tidak menunjukkan sebarang gejala utama dan disebabkan itu ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’. Ia sangat sukar untuk dikesan
Virus Hepatitis C pandai menyamarkan dirinya dan seterusnya menjangkiti sel bersebelahan di mana kitaran ini berlaku secara berterusan sehingga hati menjadi rosak atau berparut atau dipanggil sirosis.
Daripada keseluruhan pesakit yang dijangkiti, hanya hampir 20 hingga 25 peratus daripada mereka berupaya melawan virus berkenaan dengan sendirinya (melalui sistem imunisasi tubuh) manakala pesakit lain akan mendapat jangkitan kronik seperti yang dinyatakan di atas iaitu sirosis.

Hampir 25 peratus daripada jumlah pesakit yang menghidap jangkitan kronik akan mendapat parut hati dan seterusnya mengalami kegagalan fungsi hati dan yang paling parah apabila disahkan barah hati.

Proses ini mungkin mengambil masa antara 20 hingga 30 tahun tetapi bagi sesetengah kes di mana pesakit turut mengalami jangkitan lain seperti HIV atau hepatitis B, proses ini mung­kin berlaku dengan lebih pantas.

Bagaimana Jangkitan Terjadi?

Hepatitis C disebarkan melalui jangkitan darah yang tercemar. Sebahagian daripada laluan jangkitan ini adalah seperti berikut:

1-Menerima pemindahan organ atau darah daripada penderma sebelum 1994.

2-Darah tercemar di tempat kerja (seperti pekerja dalam bidang penjagaan kesihatan).

3-Menyuntik dadah secara haram atau berkongsi jarum dengan seseorang yang dijangkiti hepatitis C.

4-Menjalani proses dialisis buah pinggang untuk jangka masa panjang.

5-Melakukan hubungan seksual tanpa sebarang perlindungan dengan seseorang yang dijangkiti hepatitis C.

6-Dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti hepatitis C.

7-Membuat cacah (tatu) atau akupunktur menggunakan jarum yang tidak dibasmi kuman dengan sempurna selepas digunakan pada orang lain (risiko ini adalah rendah sekiranya ia dilaksanakan oleh pengamal yang memiliki lesen mencacah atau lesen akupunktur).

8-Berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi dan pisau cukur dengan seseorang yang dijangkiti hepatitis C.

Itu serba sedikit tentang apa itu hepatitis C dan juga bagaimana ia menjangkiti seseorang individu.  Semoga artikel ini bermanfaat buat semua.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: