5 TIPS ELAK CYST BERULANG KEMBALI SECARA SEMULAJADI

by azszua03 on 11 November 2018

Assalamualaikum w.b.t.

Bila bercerita tentang Cyst, saya banyak bertemu dengan wanita yang meminta pandangan dan nasihat kerana mengalami masalah cyst berulang. Jom saya kongsikan dengan anda semua 5 Tips elak cyst berulang kembali secara semulajadi.

elak cyst berulang

Tahukah anda bahawa wanita yang pernah mengalami masalah cyst mempunyai lebih 50% risiko untuk mengalaminya kali kedua, ketiga dan seterusnya. Walaupun sekiranya anda telah membuang cyst pertama melalui pembedahan atau rawatan lain.

5 Tips Elak Cyst Berulang Kembali.

1. Hentikan “Fast Food” dan “Processes Food“.

Sekiranya anda telah berjaya membuang atau kecutkan cyst melalui rawatan apa sekalipun pada kali pertama, anda perlu merubah cara hidup dan corak pemakanan. Hentikan makanan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan hormon estrogen anda terus meningkat. Hormon estrogen yang tinggi menjadi penyebab cyst anda boleh muncul semula.

2. Banyakkan mengambil sayur sayuran dan buah buahan.

Makanan yang bernutrisi tinggi dan makanan yang tinggi antioksidan adalah sangat diperlukan oleh tubuh bagi menghalang radikal bebas merosakkan sel tubuh anda. Pengambilan sayur sayuran hijau, buah buahan yang tinggi vitamin dan mineral menyingkirkan radikal bebas dari tubuh.

Selain itu antioksidan yang didapati dari buah buahan dan sayur sayuran juga menyingkirkan karsinogen yang menjadi pemicu kepada ketumbuhan abnormal.

3. Hentikan minuman berkarbonat dan tinggi gula.

Gula adalah musuh kepada sel sel sihat tubuh. Gula menyebabkan kewujudan banyak radikal bebas dalam tubuh. radikal besas inilah yang menyebabkan kewujudan sel sel abnormal yang membentuk ketumbuhan seperti cyst dan fibroid.

Bagi mereka yang pernah mengalami cyst, adalah lebih mudah untuk membentuk ketumbuhan abnormal ini semula apabila tabiat pemakanan yang sama tidak diubah.

4. Dapatkan berat badan seimbang.

Tahukah anda lemak pada tubuh adalah penyebab kepada kenaikan hormon estrogen seseorang wanita? makin tinggi lemak pada tubuh makin tinggi hormon estrogen wanita tersebut. Maka, untuk elak cyst berulang, seseorang wanita perlu mendapatkan berat badan seimbang.

5. Ambil Suplemen Antioksidan Semulajadi.

Mengamalkan suplemen dan vitamin semulajadi boleh mengurangkan risiko seseorang wanita untuk mendapat cyst dan juga cyst berulang. Tetapi pemilihan suplemen haruslah bijak. Suplemen haruslah tidak mengandungi gula yang tinggi, pewarna dan juga perasa tiruan. Pilih suplemen yang dipercayai ramai.

 

Nak tahu supelemen yang boleh bantu anda menghalang dan elak cyst berulang kembali? Jom Klik Link dibawah ini.

 

 

Disclaimer: Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan pengguna sebenar. Pengguna dinasihatkan menggunakan produk ini seperti arahan pada produk. Namun kami tidak bertanggungjawab jika sebarang masalah/komplikasi berlaku kepada pengguna di atas penggunaan produk ini

{ 1 comment }

Asslamualaikum….

Saya sambung lagi pasal hepatitis, tapi hari ni nak share tentang hepatitis C…. Apa itu hepatitis C dan bahayakah penyakit ni? Di Malaysia, terdapat kira-kira 380,000 orang menghidap hepatitis C (HCV).

Malangnya, majoriti daripada penghidap ini tidak sedar mereka sudah dijangkiti dan berisiko menyebarkan virus kepada orang lain disekeliling mereka.

apa itu hepatitis c

Walaupun hepatitis C tidak menunjukkan sebarang gejala, namun lebih dari 451,000 rakyat Malaysia dianggarkan berkemungkinan dijangkiti hepatitis C (HCV). Sangat ramai kan?

Apa itu Hepatitis C?

Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada wanita mendapat virus hepatitis C (HCV) daripada prosedur pemindahan darah yang biasanya dibuat selepas bersalin. Hepatitis C yang bermaksud radang hati yang terjadi disebabkan virus hepatitis C yang disebarkan melalui darah.

Ini bermaksud, jangkitan boleh berlaku ketika pemindahan darah daripada penghidap kepada penerima. Kebanyakan orang yang dijangkiti HCV tidak menunjukkan sebarang gejala utama dan disebabkan itu ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’. Ia sangat sukar untuk dikesan
Virus Hepatitis C pandai menyamarkan dirinya dan seterusnya menjangkiti sel bersebelahan di mana kitaran ini berlaku secara berterusan sehingga hati menjadi rosak atau berparut atau dipanggil sirosis.
Daripada keseluruhan pesakit yang dijangkiti, hanya hampir 20 hingga 25 peratus daripada mereka berupaya melawan virus berkenaan dengan sendirinya (melalui sistem imunisasi tubuh) manakala pesakit lain akan mendapat jangkitan kronik seperti yang dinyatakan di atas iaitu sirosis.

Hampir 25 peratus daripada jumlah pesakit yang menghidap jangkitan kronik akan mendapat parut hati dan seterusnya mengalami kegagalan fungsi hati dan yang paling parah apabila disahkan barah hati.

Proses ini mungkin mengambil masa antara 20 hingga 30 tahun tetapi bagi sesetengah kes di mana pesakit turut mengalami jangkitan lain seperti HIV atau hepatitis B, proses ini mung­kin berlaku dengan lebih pantas.

Bagaimana Jangkitan Terjadi?

Hepatitis C disebarkan melalui jangkitan darah yang tercemar. Sebahagian daripada laluan jangkitan ini adalah seperti berikut:

1-Menerima pemindahan organ atau darah daripada penderma sebelum 1994.

2-Darah tercemar di tempat kerja (seperti pekerja dalam bidang penjagaan kesihatan).

3-Menyuntik dadah secara haram atau berkongsi jarum dengan seseorang yang dijangkiti hepatitis C.

4-Menjalani proses dialisis buah pinggang untuk jangka masa panjang.

5-Melakukan hubungan seksual tanpa sebarang perlindungan dengan seseorang yang dijangkiti hepatitis C.

6-Dilahirkan oleh ibu yang dijangkiti hepatitis C.

7-Membuat cacah (tatu) atau akupunktur menggunakan jarum yang tidak dibasmi kuman dengan sempurna selepas digunakan pada orang lain (risiko ini adalah rendah sekiranya ia dilaksanakan oleh pengamal yang memiliki lesen mencacah atau lesen akupunktur).

8-Berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi dan pisau cukur dengan seseorang yang dijangkiti hepatitis C.

Itu serba sedikit tentang apa itu hepatitis C dan juga bagaimana ia menjangkiti seseorang individu.  Semoga artikel ini bermanfaat buat semua.

{ 0 comments }

SIMPTOM HEPATITIS A DAN SIAPA YANG PALING BERISIKO?

Assalamualaikum…. Jika sebelum ini saya berkongsi tentang Hepatitis B, hari ini saya nak kongsikan pula simptom simptom hepatitis A.  Hepatitis A adalah jangkitan dari Virus Hepatitis jenis A. Kebiasaannya hepatitis A tidak membawa kepada penyakit hati yang kronik seperti hepatitis B dan C. Seseorang individu yang mendapat Hepatitis A adalah berpunca dari memakan makanan atau […]

Read the full article →

SIAPA BERISIKO DIJANGKITI HEPATITIS B? APA TINDAKAN JIKA DIJANGKITI?

Assalamualaikum semua Saya sambung lagi topik hepatitis B dan harap semua dah baca entry tentang simptom hepatitis B ya. Hari ni saya nak kongsikan tentang Siapa yang berisiko dijangkiti Hepatitis B dan apa nak buat jika dijangkiti? Penting untuk tahu siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat hepatitis B kerana langkah langkah pencegahan boleh dibuat bagi mengelakkan […]

Read the full article →

SIMPTOM HEPATITIS B DAN BAGAIMANA BOLEH DIJANGKITI

Assalamualaikum w.b.t Jika anda sudah maklum betapa bahayanya penyakit hati Hepatitis B ini, hari ni saya nak kongsikan pula dengan anda semua tentang simptom simptom hepatitis B yang boleh kita kenali dan bagaimana penyakit ini merebak atau menjangkiti individu lain. Jangkitan virus Hepatitis B tidak seperti Hepatitis A, penyakit jenis ini boleh menyebabkan penyakit hati […]

Read the full article →

ADAKAH HEPATITIS B PENYAKIT MERBAHAYA DAN BOLEH MEMBAWA MAUT?

Assalamualaikum kawan kawan. Pernah dengan penyakit Hepatitis B?  Hepatitis B penyakit merbahaya ke? Boleh bawa maut ke? Macam macam persoalan yang tidak terjawab lagi. So hari ni saya nak kongsi apa yang saya tahu dan faham tentang penyakit Hepatitis B ini. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia menghidap hepatitis B dan C. Satu jumlah yang sangat […]

Read the full article →

CARA RAWAT HATI BENGKAK ATAU HATI BERLEMAK DENGAN SELAMAT DAN SEMULAJADI

Assalamualaikum kawan kawan… hari ni saya nak terangkan bagaimana suplemen menjadi salah satu cara rawat hati bengkak atau hati berlemak. Semestinya suplemen yang akan saya terangkan ini adalah suplemen yang diiktiraf oleh Kementerian kesihatan dan selamat digunakan. Cara Rawat Hati Berlemak dengan Suplemen Semulajadi (Set Basic) Jika masalah hati berlemak anda masih ditahap awal, atau […]

Read the full article →

RAWATAN PENYAKIT HATI BERLEMAK ATAU FATTY LIVER

Assalamualaikum… Saya teruskan lagi topik hati berlemak dengan fokus kepada rawatan penyakit hati berlemak pula. Hati berlemak sebenarnya bukanlah sejenis penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan sebagainya. Tetapi ia sejenis masalah kesihatan yang berpunca dari cara hidup seseorang individu. Masalah hati berlemak ini biasanya tidak disedari oleh individu terbabit kerana ia tidak sakit. Walau […]

Read the full article →